Ada pihak takut Raja-Raja Melayu akan lihat sendiri penyatuan pembangkang dan perpecahan PH-BN selepas PRN

“…PH dan BN dah khuatir, sebab Raja-Raja Melayu boleh lihat wujud penyatuan ummah menyeluruh…ada Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin, Hadi Awang, Annuar Musa, semuanya sudah bersatu…”

Raggie Jessy Rithaudeen

اد ڤيهق تاكوت راج-راج ملايو اكن ليهت سنديري ڤڽاتوان ڤمبڠكڠ دان ڤرڤچاهن ڤه-بن سلڤس ڤرن

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman barangkali tidak sedar implikasi pengakuan beliau semalam berhubung kewujudan perancangan penubuhan kerajaan gandingan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lagi.

Menurut Tajuddin, beliau bukan hanya terlibat secara langsung dengan rundingan, beliau diminta menandatangani dokumen yang menyokong pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri.




“Saya pun terlibat, saya dibawa jumpa Anwar, Anthony Loke dan pemimpin Amanah, di rumah seorang kerabat diraja, siapa? Saya tidak boleh beritahu. Saya yang menandatangani untuk Anwar jadi perdana menteri, nak Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) bergabung sama,” katanya.

PENDEDAHAN – AKHIRNYA TERBONGKAR SEBAB SEBENAR ANWAR DILANTIK PMX WALAUPUN MUHYIDDIN ADA MAJORITI 115

Pengakuan ini sebenarnya tidak sedikit pun membantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Tajuddin telah mengesahkan dua perkara penting yang telah saya dedahkan berulang kali, iaitu:

1.     Naratif yang dimainkan oleh PH-BN kononnya Yang Di-Pertuan Agong menitahkan agar BN dan PH membentuk ‘kerajaan perpaduan’ bersama sah palsu, dan

2.     Akar umbi UMNO sah diperdaya sebelum PRU15 oleh Zahid dan sekutunya, termasuk Tajuddin sendiri.

Di samping itu, Tajuddin secara tidak langsung membayangkan penglibatan kerabat Diraja dan mungkin juga seorang atau lebih Raja Melayu dalam konspirasi menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri menerusi kerjasama BN-PH.

Dalam live petang tadi (KLIK DI SINI UNTUK TONTON PENJELASAN PENUH), saya akhiri dengan berkata:

Loading...

“Mereka (PH dan BN) menghalalkan cara, sedangkan sebelum ini (sebelum PRU15), ada perjanjian bertandatangan (agar) Anwar menjadi Perdana Menteri, merekalah yang mewujudkan istilah kerajaan perpaduan.

“Tajuddin kata dia nak bantu Zahid lawan fitnah, tapi sebenarnya, dia telah membantu melawan fitnah pihak PH dan BN sendiri (kononnya Yang Di-Pertuan Agong menitahkan agar BN dan PH membentuk ‘kerajaan perpaduan’).

“Sekalipun ada perancangan sebelum PRU15 melibatkan kerabat Diraja untuk naikkan Anwar sebagai PMX menerusi kerjasama PH-BN, pada ketika itu memang pembangkang tidak bersatu…Muhyiddin-Hadi dengan Annuar Musa kem lain, Muhyiddin-Hadi dengan Tun Mahathir kem lain.

“Pada masa itu mereka jangka BN boleh dapat 60 kerusi, PH boleh dapat 80 kerusi, kerjasama itu (PH-BN) confirm boleh dapat majoriti mudah (dan membentuk kerajaan)…mungkin ada pihak dalam institusi Diraja berpendapat pembangkang tidak bersatu.

“(Tapi) itu dulu…sekarang ni, pembangkang cukup bersatu, penyatuan (Melayu-Islam seperti ini) tidak pernah dilihat sebelum ini.

“Jadi PH dan BN dah khuatir, sebab Raja-Raja Melayu boleh lihat wujud penyatuan ummah menyeluruh…ada Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin, Hadi Awang, Annuar Musa, semuanya sudah bersatu…bersatu!

“Disebabkan itu, laskar-laskar siber PH dan BN sudah mula lontarkan fitnah-fitnah kononnya ada keretakan antara PAS dengan Bersatu, kononnya ada keretakan antara ini dengan itu…

“Adakah mereka fikir Raja-Raja Melayu tidak dapat melihat sendiri penyatuan yang berlaku?

“Sebab itulah MP-MP dalam Barisan Nasional bersabar dan menunggu sehingga PRN, kerana PRN ini akan menonjolkan kuasa sebenar penyatuan di belah pembangkang, yang akan mewujudkan satu gelombang penyatuan luarbiasa besar, menjurus kepada Tsunami Melayu-Islam.

“Mereka takut Raja-Raja Melayu akan lihat, sebab itu mereka fitnah, kononnya ada perpecahan di antara PAS dengan Bersatu.

“Kalau nak lihat perpecahan, kita lihat PH, kita lihat BN…dan kita akan melihat perpecahannya apabila UMNO hampir pupus pada PRN, dan PH hilang beberapa kerusi.

“Kemudian akan mula lah, tuding menuding jari, dan Raja-Raja Melayu akan melihat…ini yang ditakuti mereka!”

#Anwar #PMX #Zahid #Tajuddin #Mahathir #AnnuarMusa



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...