
“Anwar, Zahid dan Najib tahu bahawa Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tidak akan mampu membentuk kerajaan tanpa bantuan GPS dan parti-parti kecil yang lain jika Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan dalam masa terdekat”
Raggie Jessy Rithaudeen
اد رهسيا د سباليق دسقن قلوستر محكمه اڬر ڤرو15 دسڬراكن
Jumaat lalu, saya menulis:
“…disebabkan Kluster Ismail Sabri ingin menguasai UMNO, mereka yang menentang Zahid setuju untuk menyokongnya sehingga PRU15 selesai tetapi mahu beliau berundur dari jawatan presiden parti selepas itu.
“Malah, selaras dengan kehendak Kluster Mahkamah A, lebih 90% akar umbi, cawangan dan bahagian menyokong pembubaran awal parlimen (sebelum bulan April) dan sanggup menyokong Zahid dan Zahid menentang Ismail Sabri, tetapi tidak bersetuju jika Zahid atau Najib menjadi calon Perdana Menteri.
:Kluster ini mempunyai kelebihan besar berbanding kluster lain, kerana Zahid merupakan presiden UMNO dan menguasai lembaga disiplin parti.”
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Ada sebab tersirat kenapa Pakatan Harapan memasuki Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan dan menetapkan bulan Julai sebagai tempoh terawal parlimen harus dibubarkan.
Selain takut menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, Datuk Seri Anwar Ibrahim khuatir impiannya untuk menjadi Perdana Menteri akan terkubur buat selama-lamanya sekiranya Pakatan Harapan tidak berjaya memasuki perjanjian dengan kluster mahkamah.
BACA JUGA: KEHANCURAN UMNO SUDAH BERMULA
Ceritanya begini:
Pada ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin mula-mula membuat tawaran kepada pembangkang agar beliau boleh terus berkuasa, DAP beranggapan bahawa;
1. Kluster Mahkamah akan memasuki perjanjian bersama Pakatan Harapan ke arah pembentukan jajaran politik baharu, dan
2. Kluster Mahkamah akan menyokong pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Namun, Tony Pua tidak begitu percaya kepada Kluster Mahkamah dan telah cuba sedaya upaya untuk meyakinkan DAP untuk menerima syarat Muhyiddin.
Biarpun begitu, kepemimpinan tertinggi DAP tetap menaruh harapan terhadap Najib dan Zahid dan yakin bahawa Anwar dapat dinaikkan sebagai Perdana Menteri ke-9.
Malangnya, apabila sampai masa untuk mencalonkan Perdana Menteri, Najib dan Zahid tiba-tiba membuat pusingan-U dan bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri.
Ini menyebabkan Anwar menjadi marah dan ‘menghukum’ Kluster Mahkamah dengan meletakkan syarat bahawa parlimen hanya boleh dibubarkan selepas bulan Julai.
Anwar tahu, jika parlimen dibubarkan pada awal bulan Ogos, Pilihan Raya Umum ke-15 hanya boleh diadakan pada bulan September atau Oktober.
Masalahnya, risiko Pilihan Raya Umum diadakan pada bulan September atau Oktober amat tinggi buat Najib, kerana tidak mustahil Mahkamah Persekutuan akan memuktamadkan keputusan kes SRC sebelum itu.
Justeru, Najib dan Zahid perlu memastikan bahawa parlimen dibubarkan beberapa bulan lebih awal, mungkin pada bulan Mac atau April.
Disebabkan terdesak, Najib dan Zahid sedang cuba sedaya-upaya untuk berunding dengan Ismail Sabri dan Kluster Menteri agar Pilihan Raya Umum diawalkan dengan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon Perdna Menteri.
Namun, rundingan ini tidak membuahkan sebrang hasil, dan Kluster Mahkamah A (rujuk pendedahan di bawah) dijangka akan bersetuju dengan pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri, dengan syarat Pakatan Harapan dan Barisan Nasional membentuk kerajaan bersama selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
PENDEDAHAN: KEHANCURAN UMNO SUDAH BERMULA
Ya, syarat bahawa parlimen hanya boleh dibubarkan selepas bulan Julai adalah satu taktik licik bagi menekan Kluster Mahkamah, agar Najib dan Zahid bersetuju untuk bekerjasama dengan Anwar dan menamakannya sebagai calon Perdana Menteri.
Anwar tidak berani memasuki Pilihan Raya Umum ke-15 tanpa sokongan Najib dan Zahid, kerana beliau tahu Pakatan Harapan akan dibelasah teruk dan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri akan terkubur buat selama-lamanya.
Namun, Anwar tidak lagi mempercayai Najib dan Zahid selepas Langkah Royale Chulan, dan mahu kedua-dua mereka mengisytiharkan secara terbuka sokongan mereka terhadapnya.
Andai kata Najib dan Zahid berbuat demikian, Anwar sudah pasti akan meyakinkan Pakatan Harapan untuk menarik sokongan terhadap Ismail Sabri, mungkin atas alasan Ismail Sabri gagal menguruskan isu banjir dan Tan Sri Azam Baki dengan baik.
Tetapi misi utama Anwar bukanlah untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15.
Anwar, Zahid dan Najib tahu bahawa Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tidak akan mampu membentuk kerajaan tanpa bantuan GPS dan parti-parti kecil yang lain jika Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan dalam masa terdekat.
Sebaliknya, jika Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mendapat jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding Blok Kuasa Ketiga, kedua-dua gabungan itu berharap untuk meyakinkan GPS dan parti-parti kecil yang lain untuk bersama mereka membentuk kerajaan.
Inilah pertaruhan sebenar buat Anwar, Najib dan Zahid.
Bersambung…
WAJIB BACA:
