ADA RISIKO NAJIB JADI PM 10, ANWAR JADI TPM SEBELUM PRU15?

Tidak mustahil Pakatan Harapan akan menyokong pencalonan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ke-10 (PM 10) dan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM). Sumber (gambar): TTF

“Jika Yang Di-Pertuan Agong tidak mengisytiharkan Darurat Politik dan menubuhkan “The Rakyat’s Council” (rujuk link di bawah, atau klik di sini) atau Mageran, dan sebaliknya, membenarkan proses pemilihan Perdana Menteri baharu ala Langkah Sheraton berulang, ada risiko Najib menjadi PM 10 dan Anwar menjadi TPM sehingga Julai 2023″

Raggie Jessy Rithaudeen

اد ريسيكو نجيب جادي ڤي عيم 10، انور جادي تڤي عيم سبلوم ڤرو15؟

Untuk tujuan perbincangan semata-mata, teliti senario berikut:

1. Kluster Mahkamah tidak berpuas hati terhadap Datuk Seri Ismail Sabri kerana enggan mengusulkan pembubaran parlimen.




2. Disebabkan itu, Kluster Mahkamah membuat kejutan dan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri.

3. Disebabkan MoU kerajaan bersama Pakatan Harapan bukannya berupa sokongan langsung ahli-ahli parlimen (MP) gabungan itu terhadap Ismail Sabri, Ismail Sabri akan hilang majoriti.

TONTON: DEBAT NAJIB-ANWAR HANYA HELAH

4. Jika Yang Di-Pertuan Agong mengambil pendirian untuk menerima akuan-akuan bersumpah daripada Kluster Mahkamah sebagai bukti Ismail Sabri hilang majoriti, Seri Paduka Baginda Tuanku boleh sahaja mengulangi perjumpaan dengan semua MP (sepertimana yang berlaku ketika Langkah Sheraton) untuk mengesahkan siapa yang mendapat sokongan majoriti di parlimen.

5. Andai kata Kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kluster Mahkamah masuk perjanjian rahsia ke arah pembentukan “jajaran politik baharu” melibatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (sepertimana yang dipertimbangkan dulu di Perak, termasuk juga DAP), tidak mustahil Pakatan Harapan menyokong pencalonan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri (PM) ke-10 dan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

6. DAP kemudiannya boleh memberi pelbagai alasan, termasuk alasan yang diberikannya ketika menandatangani MoU bersama kerajaan, iaitu ‘sokongan’ terhadap Najib hanya “sementara” dan “demi kestabilan politik tanah air.”

7. Ini bermakna, jika Yang Di-Pertuan Agong tidak mengisytiharkan Darurat Politik dan menubuhkan “The Rakyat’s Council” (rujuk link di bawah, atau klik di sini) atau Mageran, dan sebaliknya, membenarkan proses pemilihan Perdana Menteri baharu ala Langkah Sheraton berulang, ada risiko Najib akan menjadi PM 10 dan Anwar menjadi TPM sehingga Julai 2023.

Fikir-fikirkanlah, walaupun ini hanya satu senario atau kemungkinan bagi tujuan perbincangan, jangan terlalu yakin ianya tidak boleh menjadi kenyataan…

Loading...

LINK: THE RAKYAT’S COUNCIL



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...