Ada satu sahaja cara pembangkang boleh menang PRU15

“Mustahil Pakatan Harapan boleh meyakinkan rakyat untuk memilih khemah baharu yang didirikannya, sedangkan khemah lama yang didirikan pun habis koyak rabak disebabkan oleh Pakatan Harapan sendiri (rujuk video di hujung bawah, atau klik di sini)”

Raggie Jessy Rithaudeen

اد ساتو سهاج چارا ڤمبڠكڠ بوليه منڠ ڤرو15

Sebarang perbincangan ke arah penubuhan “Khemah Besar” pembangkang tidak mungkin berjaya menarik lebih ramai untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15, jika;

1. Kumpulan-kumpulan politik yang terlibat dalam perbincangan ini tidak menolak secara rasmi kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang,




2. Pakatan Harapan menerajui inisiatif “Khemah Besar,”

3. Pembangkang tidak mengiktiraf Perikatan Nasional sebagai “Pembangkang dalam Blok Kerajaan,” dan

4. Kumpulan pengasas “Khemah Besar” melibatkan PKR, DAP dan AMANAH

TONTON: RAKYAT SEMAKIN ‘FED UP’

Sebagai permulaan, blok pembangkang perlu merasa nadi rakyat yang berdenyut menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor.

Di Sabah, rakyat menolak terus Anwar biarpun beliau mendakwa memiliki majoriti yang meyakinkan bagi melayakkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Di Melaka, Sarawak dan Johor pula, Pakatan Harapan dibelasah teruk, dan yang paling teruk terjejas ialah PKR.

Kesemua ini bermakna majoriti rakyat di Malaysia Timur dan Barat menolak Anwar dan parti yang diterajuinya.

Loading...

Hampir separuh daripada pengundi berdaftar tidak keluar mengundi di Johor, dan berdasarkan maklumat yang diterima, mereka tidak keluar mengundi kerana kurang percaya dengan kepimpinan gabungan-gabungan yang sedia ada.

Ini termasuklah Pakatan Harapan, yang bukan hanya gagal memelihara mandat rakyat, ahli-ahli parlimen dari parti yang menerajui gabungan itu (PKR) terlibat secara langsung dalam pengkhianatan mandat rakyat.

Jadi mustahil Pakatan Harapan boleh meyakinkan rakyat untuk memilih khemah baharu yang didirikannya, sedangkan khemah lama yang didirikan pun habis koyak rabak disebabkan oleh Pakatan Harapan sendiri (rujuk video di hujung bawah, atau klik di sini).

Sebaliknya, PKR, DAP dan AMANAH perlu muhasabah diri dan memberi laluan kepada kumpulan-kumpulan alternatif untuk mendirikan Khemah baharu.

Khemah ini perlu diterajui oleh sekumpulan parti-parti politik dan pertubuhan bukan politik yang tidak berkait samada secara langsung atau tidak langsung dengan Pakatan Harapan, seperti PEJUANG, WARISAN dan Piagam Rakyat.

Kumpulan ini perlu memberi tumpuan kepada penubuhan gabungan baharu yang berjiwa rakyat, manakala Piagam Rakyat boleh berganding dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan/atau Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengilhamkan sebuah majlis penasihat, di mana ahli-ahli majlis ini tidak memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.

Saya telah mencadangkan “Gerakan Pejuang Nasional” (GPN) sebagai nama gabungan yang dimaksudkan dan “The Rakyat’s Council” sebagai nama majlis penasihat.

Majlis ini seeloknya diwakili oleh tokoh-tokoh negarawan (Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah), seorang taikun terkenal, dua tiga tokoh pemikir, seorang pakar ekonomi, seorang peguam tersohor (Mohamed Haniff Khatri Abdulla), seorang bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan seorang bekas Ketua Polis Negara (Tan Sri Abdul Hamid Bador).

GPN kemudiannya perlu mengiktiraf Perikatan Nasional sebagai “Pembangkang dalam Blok Kerajaan” dan mempelawa PPBM, PAS dan Gerakan untuk menyertainya.

Syaratnya, PPBM, PAS dan Gerakan perlu memansuhkan Perikatan Nasional, kerana Perikatan Nasional kini dianggap sebagai gabungan yang “gagal” dan “mengkhianati mandat rakyat.”

Jika PPBM, PAS dan Gerakan tidak bersetuju untuk memansuhkan Perikatan Nasional, GPN perlu mengabaikan ketiga-tiga parti ini dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada misi menjadi Kingmaker selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Sebaliknya, jika PPBM, PAS dan Gerakan bersetuju untuk memansuhkan Perikatan Nasional, GPN harus memberi tumpuan kepada misi memenangi Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam kedua-dua senario ini, GPN perlu bersetuju, bahawa;

a. sebarang bentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan, jika ada, tidak boleh melibatkan PKR dan Anwar

b. jika GPN menang Pilihan Raya Umum ke-15 atau menerajui sebarang gabungan yang memiliki majoriti di Dewan Rakyat, pencalonan Perdana Menteri perlu mendapatkan persetujuan The Rakyat’s Council terlebih dahulu.

c. Jika Perdana Menteri adalah dari GPN, beliau akan mengusulkan Darurat Politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 jika majoriti gabungan pemerintah di bawah 130 kerusi

d. dalam tempoh Darurat Politik, The Rakyat’s Council akan dicadangkan sebagai pentadbir urus negara

e. dalam tempoh Darurat Politik juga, sebarang tindakan yang boleh disifatkan sebagai “mengkhianati mandat rakyat” akan disekat secara paksa menerusi penggubalan Ordinan Darurat yang bersesuaian.

f. Darurat Politik akan kekal sehingga satu versi Akta Anti-Lompat Parti yang mampu meminimakan risiko mandat rakyat dikhianati dapat digubal, dibentang, dibahas dan diluluskan, berserta pindaan bahagian-bahagian berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan.

g. setelah versi Akta Anti-Lompat Parti yang dipersetujui menjadi undang-undang, Darurat Politik akan ditamatkan

h. GPN kemudiannya akan berjuang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, agar The Rakyat’s Council dapat dijadikan sebuah Majlis berperlembagaan pada masa hadapan, di mana ahlinya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas pertimbangan-pertimbangan yang kemudiannya ditetapkan

i. pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu bagi mewajibkan Perdana Menteri merujuk kepada The Rakyat’s Council untuk nasihat dalam hal-hal tertentu, yang kemudiannya ditetapkan

Jika Yang Di-Pertuan Agong bertindak mengisytiharkan Darurat Politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, The Rakyat’s Council boleh dipertimbangkan sebagai pentadbir urus negara.

Jika kesemua di atas dipersetujui, dan jika parti-parti alternatif menjelaskannya kepada rakyat bermula sekarang, tidak mustahil GPN akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15, dengan atau tanpa PPBM, PAS dan Gerakan.

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...