“…dan berdasarkan maklumat sumber, Muhyiddin, Ismail Sabri, Najib dan Zahid semuanya bersedia mengkaji dan mempertimbangkan sebarang cadangan Anwar. Inilah yang dikatakan “keterdesakan tahap gaban,” dan senario ini adalah antara sebab Malaysia amat memerlukan Darurat Politik”
Raggie Jessy Rithaudeen
اد سبب ترسيرت انور تيبا-تيبا ستوجو رونديڠ دڠن سموا ڤيهق
Nota: Segala yang dibincangkan di bawah bersandar pada senario di mana kedua-dua Datuk Seri Ismail Sabri dan Yang Di-Pertuan Agong tidak cenderung ke arah pembubaran awal parlimen.
Tahukah anda kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba terbuka untuk berunding dengan semua pihak, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri?
Cuba selidik tiga senario berikut:
SENARIO 1
Kem Anwar dan PPBM memasuki perjanjian rahsia ke arah kerjasama politik dua cabang, melibatkan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.
Untuk memastikan penyokong DAP dan PAS tidak gusar, Pakatan Harapan hanya bekerjasama dengan PPBM, manakala PPBM pula kekal bersama PAS dan Gerakan menerusi Perikatan Nasional.
PPBM kemudian bertindak menarik sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri, dan Yang Di-Pertuan Agong bersetuju menerima akuan-akuan bersumpah daripada ahli-ahli parlimen PPBM sebagai bukti Ismail Sabri hilang majoriti.
TONTON: KEADAAN MAKIN KRITIKAL
Seri Paduka Baginda Tuanku kemudian berjumpa dengan semua MP (sepertimana yang berlaku ketika Langkah Sheraton) untuk mengesahkan siapa yang mendapat sokongan majoriti.
Berdasarkan perjanjian yang dicapai antara kem Anwar dan PPBM, Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ke-10, manakala Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri sehingga Julai 2023.
DAP kemudiannya boleh memberi pelbagai alasan, termasuk alasan yang diberikannya ketika menandatangani MoU bersama kerajaan, iaitu ‘sokongan’ terhadap Muhyiddin hanya “sementara” dan “demi kestabilan politik tanah air.
SENARIO 2
Senario 2 hampir sama dengan senario 1, cuma bezanya, kem Anwar memasuki perjanjian rahsia ke arah kerjasama politik bersama Kluster Mahkamah, bukannya PPBM.
Kluster Mahkamah kemudian bertindak menarik sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri, dan Yang Di-Pertuan Agong bersetuju menerima akuan-akuan bersumpah daripada Kluster Mahkamah dan ahli-ahli parlimen UMNO yang menyokong Kluster Mahkamah sebagai bukti Ismail Sabri hilang majoriti.
Seri Paduka Baginda Tuanku kemudian berjumpa dengan semua MP untuk mengesahkan siapa yang mendapat sokongan majoriti.
Berdasarkan perjanjian yang dicapai antara kem Anwar dan Kluster Mahkamah, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi Perdana Menteri ke-10, manakala Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri sehingga Julai 2023.
DAP kemudiannya boleh memberi pelbagai alasan, termasuk alasan yang diberikannya ketika menandatangani MoU bersama kerajaan, iaitu ‘sokongan’ terhadap Najib hanya “sementara” dan “demi kestabilan politik tanah air.
SENARIO 3
Kem Anwar dan Ismail Sabri memasuki perjanjian rahsia ke arah kerjasama politik melibatkan Pakatan Harapan dan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang memihak kepada Ismail Sabri.
Berdasarkan perjanjian yang dicapai, Pakatan Harapan bersetuju untuk meminda MoU selepas 31hb Julai 2022, agar ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dikira sebagai penyokong lansung kerjaaan pimpinan Ismail Sabri.
Sebagai balasan, Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga Julai 2023.
DAP kemudiannya boleh memberi pelbagai alasan, termasuk alasan yang diberikannya ketika menandatangani MoU asal bersama kerajaan, iaitu ‘sokongan’ terhadap Ismail Sabri hanya “sementara” dan “demi kestabilan politik tanah air.
Ketiga-tiga senario ini melibatkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan penangguhan Pilihan Raya Umum ke-15 sehingga tempoh tamat penggal penuh parlimen ke-14.
Maknanya, Anwar boleh mengambil kesempatan terhadap keterdesakan Muhyiddin, Kluster Mahkamah dan Ismail Sabri dan menjadi Timbalan Perdana Menteri sehingga Julai 2023.
Jika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau boleh menggunakan jentera pentadbiran bagi membantu Pakatan Harapan – yang kini menghadapi defisit sokongan yang teruk – menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
Saya tidak nampak sebab lain Anwar tiba-tiba berani untuk membuka pintu rundingan buat semua pihak, dan berdasarkan maklumat sumber, Muhyiddin, Ismail Sabri, Najib dan Zahid semuanya bersedia mengkaji dan mempertimbangkan sebarang cadangan Anwar.
Inilah yang dikatakan “keterdesakan tahap gaban,” dan senario ini adalah antara sebab Malaysia amat memerlukan Darurat Politik.
WAJIB TONTON:
