“Sekiranya Anwar boleh mengubah pendirian berhubung Kleptokrat dengan begitu mudah, apakah pentadbiran PH-DAP turut akan memaafkan Zahid dan membantu melantik seorang Peguam Negara yang mungkin melepas dan membebaskan Zahid daripada 47 pertuduhan jenayah rasuah?”
Raggie Jessy Rithaudeen
ادكه انور، دڤ اكن بنركن كيس محكمه زاهيد تروس برجالن؟
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, antara mereka yang paling lantang mengkritik dan mempertikaikan Kluster Mahkamah dan Kleptokrat UMNO adalah Lim Kit Siang, Tony Pua, Anthony Loke dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, pada 5hb Oktober 2022, ketika ceramah “Himpunan Harapan” anjuran PH, Anwar menyeru agar rakyat bangkit menolak pemimpin yang bersifat kleptokrat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, politik negara kini amat kotor dengan perlakuan rasuah yang disifatkannya sebagai “mencuri duit negara,” dan rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi,
Namun, selepas PRU15, rakyat diperbodohkan oleh Anwar sendiri apabila beliau merestui kerjasama dengan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang dilabel sebagai pemimpin Kleptokrat sebelum ini.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Sekiranya Anwar boleh mengubah pendirian berhubung Kleptokrat dengan begitu mudah, apakah pentadbiran PH-DAP turut akan memaafkan Zahid dan membantu melantik seorang Peguam Negara yang mungkin melepas dan membebaskan Zahid daripada 47 pertuduhan jenayah rasuah?
Inilah yang perlu dijawab oleh Anwar selaku Perdana Menteri kerajaan pimpinan BN-PH.
Anwar juga tidak harus melupakan janji DAP kepada rakyat Malaysia yang dilafazkan oleh Lim Kit Siang sebelum pemimpin veteren tersebut melepaskan jawatannya sebagai pengerusi DAP.
Pada 10hb Disember 2020, Kit Siang berkata, DAP perlu sentiasa setia dan berpegang teguh pada prinsip supaya kekal sebagai satu parti politik yang berprinsip.
“Kita tidak akan bekerjasama dengan kleptokrat dan mereka yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi tetapi kita mesti terbuka dan fleksibel untuk bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berintegriti, tanpa mengira kaum, agama atau politik, untuk membina sebuah Malaysia yang bersatu padu, adil, makmur dan hebat,” kata Kit Siang.
Ketika melafazkan kata-kata itu, Kit Siang merujuk kepada kerajaan Perikatan Nasional yang didirikan bersama Barisan Nasional di bawah kepimpinan Zahid Hamidi, meskipun Zahid tidak terlibat secara langsung dalam kerajaan itu.
Ini bermakna, DAP menganggap sebarang kerajaan yang terbentuk atas sebarang usahasama melibatkan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Zahid sebagai salah dan menganggap Zahid sebagai Kleptokrat.
Namun, hari ini, DAP berdiam diri apabila Anwar bersalaman dan berpelukkan dengan Zahid di bawah bumbung kerjasama BN-PH, dan ini menimbulkan persoalan samada DAP kini merestui Kleptokrasi dan kepimpinan Kleptokrat.
Apakah Kit Siang berani menjawab persoalan ini, atau adakah DAP akan terus membisu dan berharap agar rakyat akan beransur-ansur melupakan janji yang dilafazkan oleh parti itu?
