Adakah Anwar memalsukan SD dengan niat menipu Agong minggu ini?

Raggie Jessy Rithaudeen

Semalam, saya telah menerbitkan dua Salinan Akuan Bersumpah (di bawah) dan memberikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tempoh sehingga jam 12 tengah hari ini untuk mengesahkan sekiranya Akuan-Akuan Bersumpah tersebut benar atau palsu.

Malangnya, sehingga kini, masih belum ada lagi jawapan daripada Anwar berkenaan perkara tersebut biarpun tempoh masa yang diberikan kepadanya sudah tamat.

Justeru, saya ingin menegaskan, bahawa Anwar sememangnya memiliki Akuan-Akuan bersumpah dan salinan Akuan-Akuan bersumpah ahli-ahli parlimen dalam bilangan tertentu, di mana Akuan-akuan bersumpah tersebut, sekiranya asli, seharusnya melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.


Malangnya, bukan hanya beliau tidak tahu berkenaan 50 ahli parlimen yang membuat akuan bersumpah bagi membatalkan akuan sumpah pertama mereka dengan alasan-alasan tertentu, bukan semua Akuan bersumpah yang dimiliki orang-orang beliau adalah asli, di mana terdapat salinan Akuan-Akuan bersumpah yang dimiliki mereka mungkin telah dipalsukan.

Persoalannya, adakah Anwar sendiri menjual nama beberapa pemimpin Pakatan Harapan dan UMNO dengan memalsukan Akuan-Akuan bersumpah mereka dengan niat menipu Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau sudah memperolehi sokongan majoriti dua pertiga ahli-ahli parlimen untuk menjadi Perdana Menteri?

Saya memberi Anwar tempoh sehingga 12 tengah hari esok untuk menjawab persoalan ini.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...