Adakah kes tembakan di Bukit Bintang dibuat ISIS kerana tidak puas hati dengan kepimpinan semasa?

Geliga Naga

Pihak polis menjalankan siasatan di tempat kejadian di Taman Maluri, Cheras. 

Sebuah pusat hiburan di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur gempar apabila sekurang-kurangnya 26 das tembakan dilepaskan di luar premis itu pada malam Jumaat, insiden tembakan kedua membabitkan pusat hiburan susulan insiden pertama di Bukit Bintang pada 24 Jun lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya menemui 26 kelongsong peluru kaliber 5.56 milimeter (mm) di tempat kejadian selepas menerima laporan mengenai insiden itu, kira-kira 9.30 malam.

Menurut laporan media pula, pihak polis juga menyiasat dengan terperinci sama ada kes tembakan ini mempunyai kaitan dengan satu lagi kejadian tembak di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur sebelum ini.

Pada 24 Jun lepas, orang ramai dan pelanggan di sekitar sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang gempar apabila 25 das tembakan dilepaskan dalam satu kejadian di Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada kira-kira 10.50 malam.

Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah ini mungkin tanda amaran dari pihak-pihak tertentu yang tidak puas hati dengan keadaan politik semasa?

Tembakan di Bukit Bintang

Jika kita meneliti laporan media berkenaan kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian iaitu 5.56 mm, ianya digunakan untuk senjata-senjata seperti sub-machine gun, M-16, M-15, M-14 dan sebagainya.

Senjata-senjata begini hanya diguna pakai oleh kumpulan extremist seperti Jemaah Islamiah (JI), Daesh, ISIS dan sebagainya.

Jadi, adakah ini mungkin tanda amaran dari mana-mana kumpulan yang disebutkan di atas?

Tidak dapat dinafikan di Malaysia memang ada ancaman-ancaman kumpulan penganas walaupun pihak Cawangan Khas E8 bertungkus lumus mematikan rancangan-rancangan kumpulan militant tersebut

Salah satu insiden yang terlepas pandang oleh Cawangan Khas E8 ialah letupan bom di pusat hiburan Movida Puchong pada Jun 2016.

Pusat hiburan Movida di Puchong

Lapan orang tercedera dalam letupan awal pagi itu.

Dua lelaki merupakan anggota kumpulan ISIS ditahan oleh pihak polis dan dituduh melakukan letupan itu.

Dua orang dipercayai anggota kumpulan IS dihadapkan ke Mahkamah

Adakah kita hendak insiden-insiden yang tidak diinigini seperti di atas diulangi sekali lagi?

Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dengan majoritinya bangsa Melayu yang beragama islam dan Perlembagaan Persekutuan juga mentaksirkan Ugama rasmi ialah Ugama Islam manakala bahasa rasmi pula ialah Bahasa Malaysia.

Jika kita kaji semula apa yang telah berlaku selepas Pilihan raya Umum yang ke-14, di mana pihak Pakatan Harapan telah berjaya membentuk kerajaan dengan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, telah memilih beberapa orang Ketua yang bukan Islam menerajui badan kehakiman Negara.

Perlantikan Tommy Thomas yang beragama kristian dan tidak mengetahui sepatah perkataan Bahasa Malaysia sebagai Peguam Negara amat mengecewakan.  Beliau juga tidak arif mengenai Undang-Undang Syariah Malaysia. Jadi bagaimana beliau dapat menasihat Yang Di-Pertuan Agong dalam isu-isu berkaitan dengan Undang-Undang Syariah? Mengapa Tun Mahathir memilih Tommy Thomas?

Peguam Negara Tommy Thomas bersama Chin Peng (kiri)

Selain dari itu, Tommy juga pernah mewakili bekas ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng atau nama sebenarnya  Ong Boon Hwa  supaya belaiu dapat kembali ke Malaysia. Tommy, dalam sebuah buku yang ditulis pada tahun 2016 bertajuk “CHIN PENG – A MALAYSIAN NATIONALIST” menyifatkan Chin Peng sebagai seorang nationalist. Bolehkah kita sebagai rakyat Malaysia menerima kenyataan Tommy? Adakah Tun Mahathir tidak sensatif dengan perasaan kaum Melayu Islam?

Perlantikan Tan Sri Richard Malanjum yang juga beragama Kristian sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 Julai lalu juga mendapat pelbagai tentangan daripada masyarakat Melayu Islam secara umum. Bagaimana beliau yang beragama Kristian akan mengadili kes-kes yang melibatkan pertukaran agama (murtad)?  Adakah Tun Mahathir yang cukup berpengalaman menerajui Negara Malaysia sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini tidak dapat melihat akibat yang mungkin akan berlaku?

Selain perlantikan dua orang di atas, terdapat juga beberapa kumpulan-kumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mula mempertikai kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu. Perbuatan ini juga memang mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan Masyarakat Melayu secara umum.

Dalam kata pendek, apa yang berlaku selepas PRU 14 memang bercangah dengan Perlembangan Persekutuan Malaysia.

Rukun Negara kita tidak dihormati langsung.

Adakah rakyat Malaysia yang berpatriotik akan berdiam diri?

Tun Mahathir harus peka dan sensitif terhadap golongan Melayu Islam untuk mewujudkan suasana yang harmony di Negara Malaysia yang tercinta ini.

Sumber: Geliga Naga

Comments

Comments