TTF: Orang yang ketujuh telah ditangkap hari ini (lihat berita di bawah) dalam apa yang kini dikenali sebagai “penipuan perjanjian tanah Ijok.” Kali terakhir kita dengar mengenai perjanjian seumpama itu adalah ketika Lim Guan Eng menjual tanah kerajaan negeri bernilai RM2.83 bilion untuk memudahkan projek mega bernilai kira-kira lebih RM15 bilion.
Dan kita bukannya bercakap tentang tanah kerajaan seluas 5.67 ekar (bernilai RM208 juta) yang ‘disumbangkan’ oleh Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Penang Undersea Tunnel Special Purpose Vehicle (SPV). Pemindahan asset tersebut menjadi persoalan apabila terbongkar beita tentang kegagalan SPV memenuhi kewajipannya kepada kontraktor utama projek. Selepas menunggu lebih tiga tahun untuk baki bayaran sebanyak RM66juta daripada RM69juta yang dijanjikan, kontraktor – CRCC – menamatkan perkhidmatan mereka.
Yang membawa kita kepada soalan seterunya – siapakah yang menjalankan projek terowong itu? Adakah projek masih berjalan, atau adakah SPV sedang melantik kontraktor baru? Apa yang lebih penting lagi, adakah kerajaan negeri tidak menuntut laporan kemajuan dari SPV sebelum bersetuju untuk ‘mendermakan’ kawasan seluas 5.67 ekar itu?
Spekulasi yang hangat diperkatakan sekarang adalah ‘sumbangan’ tersebut bertujuan untuk mempermudahkan pemberian sogokan untuk Ketua Menteri dan orang-orangnya. Beberapa penangkapan di Pulau Pinang dan berita rasuah RM22 juta yang dibayar oleh SPV seolah-oleh mengiakan spekulasi tersebut. Orang ramai kini ingin tahu apakah yang mendorong SPV untuk membayar rasuah dengan jumlah yang besar seperti itu bagi mendapatkan SPRM untuk melepaskan mereka.
Secara logiknya, sesiapa yang bersedia untuk mengeluarkan wang sebanyak itu mempunyai sesuatu yang sangat besar yang ingin disorok daripada pegawai-pegawai SPRM. Hakikat bahawa Guan Eng telah dikesan dilihat bersama dengan Dato’ Seri yang didakwa membayar sebahagian besar rasuah tersebut mencetuskan khabar angin bahawa Ketua Menteri telah menggunakan beberapa syarikat proksi kepada SPV untuk memudahkan aliran keluar wang sogokan.
Tapi, siapa yang mendapat manfaat daripada sogokan tersebut?
Adakah orang-orang dari Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, atau adakah kita bercakap tentang 34 firma perundingan yang peranannya dalam SPV masih belum ditentukan? Apakah keperluan perunding sebanyak itu dilantik? Adakah ia bertujuan untuk dijadikan alasan RM304.9 juta bayaran untuk “kajian kemungkinan dan kerja reka bentuk,” yang mana dilaporkan masih belum selesai?
Projek terowong itu adalah merupakan perjanjian penipuan tanah terbesar di dalam sejarah Malaysia. Yang kedua terbesar adalah penipuan banglo-untuk-tanah yang sedang dibicarakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang. Sekamin lama, semakin jelas bahawa Dato’ Seri Azmin Ali banyak mengikuti jejak Guan Eng dengan menipu peneroka di Ijok terhadap duit dan hak mereka – khususnya, bernilai RM757 juta.
Serius, adakah semua Ketua Menteri Pakatan Harapan sangat taksub dengan duit?
******************************************
PUTRAJAYA: A company director with the title “Datuk” is in remand for seven days from today to facilitate investigation by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on the sale of 880 hectares of land valued at RM1.18 billion in Ijok to several private developing companies.
The order, until March 28, was issued by Magistrate Ainna Sherina Saipolamin.
The 53-year-old director, who returned from abroad yesterday, is the seventh individual to be held in remand in connection with the case.
Yesterday, six individuals, aged between 34 and 84, including two men with the title “Datuk” were ordered to be in remand for four days to facilitate MACC’s investigation of the case.
Source: The Malay Mail Online
