Adakah Kit Siang menyokong budaya gangster?

“Adakah Kit Siang menyokong kelakuan samseng dan ugutan nyawa terhadap wakil rakyat yang terpilih?”

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang disifatkan sebagai seorang yang menyokong tindakan ala gengster oleh Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Liang Teck Meng.




Menurutnya, berkelakuan seperti samseng, Kit Siang telah menggunakan cara mencaci peribadi seseorang dan penghinaan yang sememangnya satu kelaziman oleh parti samseng seperti DAP.

“Sebalik daripada menyertai saya untuk mengutuk amalan yang tidak sihat ini, beliau menggelar saya sebagai badut dalam kenyataan beliau yang terkini dan menyerang saya apabila saya mengecam gansterisme dalam politik di mana saya telah terima wang kertas sembahyang dan sepucuk surat ugutan, sementara ADUN PKR Dr Norlela Ariffin terima ugutan nyawa dan terpaksa membuat laporan polis atas skandal Sungai Lembu.

“Adakah Kit Siang menyokong kelakuan samseng dan ugutan nyawa terhadap wakil rakyat yang terpilih?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Teck Meng berkata, apa perasan Kit Siang jika beliau terima wang kertas sembahyang dan surat ugutan.

“Adakah beliau suka jika seseorang menelefon beliau dan membuat ugutan nyawa terhadap beliau?” soalnya lagi.

Menurutnya, Kit Siang sememangnya suatu manifestasi terhadap parti DAP yang tidak berprinsip dan berkelakuan seperti samseng.

Sumber: Malaysia Gazette

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...