Adakah Lim Kit Siang kini mengkhianati prinsip yang beliau pegang selama ini?

Danial A Shaari

Adakah Lim Kit Siang tidak menghormati perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia adalah sama disisi undang-undang di bawah Perkara 8 dan sepatutnya maxim “innocent until proven guilty” juga terpakai ke atas DS Najib?

Terkini Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan mengiyakan kenyataan oleh Hanipa Maidin bahawa prinsip undang-undang “innocent until proven guilty” tidak terpakai ke atas DS Najib atas dasar “people’s court” atau fahaman “rakyat hakim negara” atau “mahkamah rakyat”.

Sungguh memalukan sekali kenyataan Lim Kit Siang ini. Sedangkan pada 13 Ogos 2013, blog rasmi Lim Kit Siang telah menerbitkan artikel tulisan P. Ramakrishnan apabila mengulas tentang kes liwat DS Anwar Ibrahim, antara lain menulis bahawa:

“The accepted legal norm is that the accused is innocent until proven guilty. That is the basic law. That is the golden thread of the law. That is the basis of justice”.

Selain itu, di dalam blog rasmi Lim Kit Siang juga, artikel oleh Gerard Lourdesamy, apabila mengulas dakwaan rasuah terhadap DS Anwar Ibrahim dan Karpal Singh, yang diterbitkan pada 14 Februari 2015 juga ada menyebut betapa:

“The purpose of a criminal trial is to do justice. The role of the prosecutor is not to seek a conviction at all costs but to ensure that justice is done to both the victim and the accused. The process has to be fair and impartial. The golden thread that runs through our system of criminal justice is the presumption of innocence. The accused does not have to prove his innocence. It is for the prosecution to prove the charge beyond a reasonable doubt. The benefit of any doubt must be given to the accused.”

Disamping itu, satu artikel ditulis oleh K Temoc diterbitkan juga di blog rasmi Lim Kit Siang pada 1 Julai 2016 dalam mengulas kes rasuah terhadap Lim Guan Eng, antara lainnya menyebut bahawa:

“This is the legal fact – Lim Guan Eng is innocent until proven guilty.

This will be the perception – Lim Guan Eng will still be innocent even if proven guilty.”

Adakah Lim Kit Siang kini mengkhianati prinsip yang beliau pegang selama ini dalam kes DS Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan anaknya sendiri Lim Guan Eng hanya kerana tertuduh kali ini adalah DS Najib?

Jika artikel-artikel ini tidak mewakili pandangan Lim Kit Siang atau prinsip ini tidak didukung oleh beliau, mana mungkin ia kerap kali diterbitkan di blog rasmi beliau.

Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.

Comments

Comments