Adakah pemimpin PH suka main api?

Unit Komunikasi Strategik UMNO

1. Apakah sebenarnya pendirian terkini kerajaan PH berkaitan Akta Berita Palsu & Akta Hasutan? Batalkan? Atau serba salah mahu batalkannya?

2. Dengan DAP diberi kuasa untuk mencerminkan ‘kebebasan bersuara’ yang dilaung-laungkannya, Tun Dr Mahathir Mohamad tersepit untuk menghuraikannya.

3. Selepas A Kadir Jasin mempersoalkan hak dan perbelanjaan Yang Dipertuan Agong, sehingga mendorong baginda membatalkan Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara, muncul pula pelbagai elemen hasutan yang perlu ditangani.

4. Gesaan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin agar kerajaan mengharamkan semua sekolah tahfiz, adalah satu bentuk hasutan yang boleh menjerumuskan negara ke dalam pertikaian.

5. Umno ingin bertanya, apakah kerajaan benar-benar berhasrat menghapuskan dua akta berkenaan, dan tidak ingin bertindak ke atas elemen subversif seperti ini?

6. Jika benarlah, bermakna kerajaan menggalakkan penyebaran berita palsu, hasutan dan sebagainya oleh sesiapa saja. Ini membuka pintu kepada tercetusnya ketegangan kaum di Malaysia. Adakah ini yang rakyat mahu?

7. Ini adalah bom jangka yang dipasang sendiri oleh ejen-ejen liberal dalam Pakatan Harapan yang gagal dikesan radar pemimpin kerajaan. Ketahuilah ia boleh meledak di hadapan mata kita sendiri jika tiada tindakan diambil.

8. Umno kesal kerana selepas isu UiTM didesak menerima bukan-Melayu, kini sekolah tahfiz pula menjadi alat untuk mencetuskan ketidakharmonian di kalangan masyarakat, khasnya orang Melayu.

9. Apakah ini kebebasan bersuara yang diingini oleh kerajaan? Apa pula alasan mereka terhadap gesaan agar golongan LGBT diberikan pelbagai hak di dalam agama dan masyarakat?

10. Apa pula penjelasan yang boleh dibuat oleh Dr Mahathir mengenai Sisters in Islam yang turut mendapat sokongan anaknya Marina, sedangkan ia jelas bertentangan dengan kehendak sebenar Islam

11. Sudah banyak hasutan berlaku sejak PH membentuk kerajaan, dan ia dibiarkan saja walaupun sudah mula menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat berbilang agama dan bangsa di negara ini.

12. Gesaan DAP agar taraf ‘Bumiputera’ dihapuskan agar mewujudkan peluang sama rata di Malaysia, dikhuatiri akan memakan diri sendiri.

13. Ketika orang Melayu dan Islam mengamalkan tolak ansur dengan mengiktiraf hak semua kaum, mereka terus ditekan dengan provokasi sebegini.

14. Ingatlah, jalan menuju kemusnahan itu sentiasa dijaga dengan baik (roads to ruin are always kept under good repairs). Berhati-hatilah!

15. Atau sememangnya ada pemimpin dalam kerajaan PH yang suka bermain api?

Unit Komunikasi Strategik
Ibu Pejabat UMNO
Kuala Lumpur

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...