Adakah pendedahan yang dibuat Guan Eng berkenaan Irwan Serigar dirancang?

TTF: Apa sebenarnya masalah anda Lim?

Adakah patut seorang Menteri Kewangan berkelakuan tidak profesional sehingga sanggup mendedahkan pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Parlimen?

Bukankah Menteri Kewangan seharusnya bertanyakan dulu niat atau tujuan sebenar Lim Lip Eng meminta maklumat tersebut memandangkan maklumat sebegini mudah disalah tafsir umum dalam pada Irwan sedang disiasat SPRM?

Cuba bayangkan betapa besarnya nilai pendapatan bulanan RM1,000 kepada seorang yang berpendapatan RM100 sebulan dan betapa kecilnya nilai pendapatan bulanan RM100,000 kepada seorang yang berpendapatan RM1 juta sebulan.

Di sini sahaja dapat dilihat bagaimana tafsiran nilai pendapatan seseorang itu berbeza antara satu orang dengan orang yang lain.

Apakah Guan Eng selaku Menteri Kewangan tidak faham akan perkara yang mudah sebegini?

Apakah anda tidak sedar akan implikasi negatif pendedahan yang dibuat itu memandangkan Tan Sri Dr Irwan Serigar bakal dihadapkan ke mahkhamah esok?

Apakah mungkin pendedahan tersebut disengajakan dan dirancang supaya bertindih dengan penyiasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM?

KUALA LUMPUR: Pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar didedahkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata Irwan yang bertugas dari Januari 2011 sehingga kontraknya ditamatkan 13 Jun lalu memperoleh pendapatan RM2,944,095.61.

“Pecahan pendapatan beliau mengikut tahun adalah seperti berikut, RM281,800.43 (2011), RM337,517.79 (2012), RM366.422.62 (2013), RM398,497.09 (2014), RM411,782 (2015), RM422,316.10 (2016), RM495,711.45 (2017) dan RM230,048.13 (sehingga Jun 2018).

“Jumlah keseluruhan pendapatan beliau dari Januari 2011 sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM2,944,095.61.

“Maklumat ini adalah emolumen sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan sahaja tidak termasuk pendapatan lain seperti elaun ahli lembaga pengarah yang jauh lebih besar daripada emolumen beliau sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan,” katanya dalam jawapan bertulis, hari ini.

Lim Lip Eng (Kepong-PH)  meminta kementerian menyatakan jumlah pendapatan Irwan sepanjang tempoh berkhidmat mengikut pecahan tahun.

Menurutnya, sehingga Jun 2018, Irwan telah memegang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan Pengarah dalam 23 buah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbankan (MKD).

“Antaranya, 1MDB, Actius Terra Global Holdings Sdn Bhd, Cyberview Sdn Bhd, Bandar Malaysia Sdn Bhd, Khazanah Nasional Berhad, Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Petroliam Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, TRX City Sdn Bhd dan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.

“Pendapatan (elaun) Irwan sebagai Lembaga Pengarah syarikat MKD bagi tahun 2012 hingga Jun 2018 adalah RM9,000 (2012), RM455,500.30 (2013), RM453,644.90 (2014), RM582,343.56 (2015), RM652,051.80 (2016), RM1,212,797.87 (2017) dan RM502,329.49 (2018),” katanya.

Sumber: Sinar Online

Comments

Comments

Comments

Comments