Adakah UMNO akan setuju terima keahlian Anwar?

“Nyata bahawa Anwar tidak boleh menjatuhkan Muhyiddin ataupun menjadi Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila, melainkan beliau meminggirkan terus DAP dan AMANAH dan masuk semula ke dalam UMNO sebagai ahli baharu bersama majoriti ahli parlimen dari PKR”

Raggie Jessy Rithaudeen

ادكه امنو اكن ستوجو تريما كاهلين انور؟

Pada 24hb April 2020, saya menulis:

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar masa depannya dalam Pakatan Harapan tidak begitu cerah dan sedang mengorak langkah untuk cuba mengadakan rundingan dengan ajennya dari dalam dan luar UMNO untuk membincangkan penyatuan UMNO dan PKR.




Walaupun kita tahu perkara ini tidak mungkin tercapai, disebabkan keterdesakan beliau dan seorang dua individu dari puak kartel UMNO (rujuk bawah), ajen-ajen mereka sedang berkomunikasi ke arah ini sebagai salah satu opsyen untuk mencapai impian politik masing-masing.

Perkara ini bukanlah perkara baru, kerana Anwar dari tahun 1998 lagi telah cuba sedaya upaya untuk memasuki perjanjian dengan pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO untuk masuk kembali ke dalam parti berkenaan agar impian beliau tercapai.

Persoalannya, apakah sebenarnya yang mendorong Anwar berbuat demikian, dan adakah Anwar sanggup meminggirkan DAP dan AMANAH?

Apakah hubungkaitnya dengan PPBM, dan adakah Anwar sedar impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan tercapai selagi adanya puak yang bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan?

Saya mencabar Anwar untuk menafikan kesemua dakwaan ini. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, beliau masih duduk membisu, menandakan ada kebenaran dalam dakwaan berkenaan.

Dalam bahagian ke-sembilan siri ini, saya akan meneliti beberapa kemungkinan atau opsyen yang ada pada Anwar dan samada opsyen-opsyen ini mampu berjaya atau tidak.

1. Bolehkah Anwar dan PKR memasuki pakatan kerjasama dengan Muhyiddin, PPBM dan UMNO?

Jika Anwar benar-benar ingin jalinkan kerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan UMNO, mengapakah beliau masih sedang merancang usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin?

Loading...

Tidak masuk akal kan?

Jangan lupa, PPBM meninggalkan Pakatan Harapan secara en blok (seketul) semata-mata kerana ingin ‘membunuh’ cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Tetapi andaikata PPBM tiba-tiba bersetuju juga untuk bekerjasama dengan Anwar, satu-satunya cara Anwar boleh menjalin kerjasama dengan Muhyiddin dan UMNO adalah:

a. jika UMNO bersetuju untuk menyingkirkan PAS (PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Anwar),

b. jika Anwar bersetuju untuk bekerjasama dengan Azmin dan Zuraida,

c. jika Anwar menjauhkan diri dari DAP, dan

d. jika GPS memutuskan untuk menyokong gandingan Anwar, Muhyiddin dan UMNO.

Tetapi bukankah ini suatu tindakan yang bodoh – bukankah majoriti Melayu-Islam, yang sudah lama menolak Anwar, akan marah dengan Muhyiddin dan UMNO kerana meminggirkan PAS?

Jika langkah ini diteruskan juga, tidak akan ada blok politik yang mampu meraih majoriti untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum 15.

Tak akan UMNO, PPBM dan PAS begitu jahil sehingga tidak nampak semua ini?

Apa pun, mustahil perkara ini akan berlaku kerana Anwar tidak sekali-kali akan bersetuju untuk bekerjasama dengan Azmin dan Zuraida.

Jadi kita anggap sahaja Anwar tidak akan mampu menjalin usahasama yang baharu dengan Muhyiddin dan UMNO, sekaligus membawa kita kepada soalan seterusnya:

2. Bolehkah Anwar memikat GPS agar menyertai Pakatan Harapan?

Jawapannya pendek – tidak.

Biar gunung Sahara dilanda ribut salji, biar awan bertukar menjadi warna emas, GPS tidak akan bekerjasama dengan Anwar.

Ini sekaligus membawa kita kepada soalan ketiga:

3. Bolehkah Anwar, DAP dan AMANAH memasuki perjanjian dengan Mahathir?

Datuk Seri Shafie Apdal sudahpun menjelaskan dari awal lagi bahawa WARISAN akan kekal bersama Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Begitu juga majoriti ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, walaupun perkara ini tidak pernah didedahkan kepada umum.

PPBM pula memiliki dua blok, iaitu blok pemerintah dan blok Mahathir. 

Sebilangan tertentu ahli parlimen dari blok pemerintah sudah mula cenderung ke arah Mahathir, menjadikan jumlah keseluruhan ahli parlimen dari PPBM yang memihak kepadanya antara 15 hingga 20 orang.

Jika kita anggarkan bilangannya seramai 15 orang, ini menjadikan jumlah keseluruhan ahli parlimen dari pembangkang yang tegar bersama Mahathir (termasuk dari WARISAN, UPKO dan sebagainya) seramai 26 orang.

Sudah pasti Anwar memerlukan sokongan sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan itu untuk menjatuhkan Muhyiddin, bukan?

Persoalannya, adakah Mahathir sanggup meminjamkan sokongan ini kepada Anwar sekiranya Anwar berdegil juga untuk terus kekal sebagai pengerusi Pakatan Harapan?

Saya fikir tidak.

Ini sekaligus membawa kita kepada soalan terakhir, iaitu:

4. Adakah Anwar akan berjaya mengusir Muhyiddin?

Setakat ini, kita sudah lihat bagaimana PPBM, UMNO dan GPS tidak akan bekerjasama dengan Anwar.

Walau berapa ramai sekalipun ahli parlimen dari DAP, PKR dan AMANAH yang menyokong usul tidak percaya terhadap Muhyiddin, Anwar tetap tidak akan memiliki sokongan dalam jumlah yang perlu untuk menjatuhkan Muhyiddin atau menyah-stabilkan kerajaan.

Jadi nyata Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila, melainkan beliau meminggirkan terus DAP dan AMANAH dan masuk semula ke dalam UMNO sebagai ahli baharu bersama majoriti ahli parlimen dari PKR.

Tetapi adakah UMNO akan menerima keahlian Anwar?

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

BAHAGIAN SATU HINGGA TUJUH:

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Satu): Jom mula dari awal…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Dua): Cara Azmin ‘diperangkap’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tiga): Tetubuhnya kumpulan rahsia diwakili Hishammuddin, Takiyuddin…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Empat): Azmin beritahu kumpulan rahsia ‘Muhyiddin dah bersedia’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Lima): Impian Azmin menjadi Perdana Menteri…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Enam): Sepandai-pandai Azmin melompat, akhirnya terkena getah juga…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tujuh): Pergelutan kuasa sudah bermula, tunggu masa je…

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...