ADAKAH YANG DI-PERTUAN AGONG DIMAKLUMKAN TENTANG TARIK-BALIK ORDINAN DARURAT?

Khairuddin Abu Hassan

ادكه يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ دمعلومكن تنتڠ تاريق-باليق اوردينان ضرورت؟

Keseluruhan rakyat Malaysia ingin tahu adakah perdana menteri dan kerajaan ‘tebuk atap’ PN menyembah maklum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong mengenai ‘tarik balik’ semua ordinan darurat pada 21 julai 2021?

Situasi ini amat memalukan sama sekali kerana pemimpin-pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ PN memperlekehkan undang-undang serta perlembagaan negara.




Perdana menteri ‘cirit birit’ boleh buat pengumuman ke seluruh dunia tetapi untuk menarik balik ordinan darurat kenapa tidak umumkan secara rasmi?

KDYMM Yang di-Pertuan Agong yang memasyhurkan proklamasi darurat sepatutnya DYMM Tuanku Agong lah yang kena memasyhurkan untuk tarik balik semua ordinan darurat.

Mengapa tiada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Istana Negara mengenai isu ‘tarik balik’ ordinan darurat ini?

Apakah menteri di jabatan perdana menteri cuba menipu dan mengelirukan rakyat?

Inilah kualiti pemimpin-pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang senantiasa mempersendakan perlembagaan negara demi untuk survival kedudukan kuasa politik mereka.

Kenyataan Takiyuddin Hassan selaku menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang tidak boleh diambil sebagai isu remeh kerana perbuatan ini amat tidak beretika!!

Tindakan mereka juga membelakangkan KDYMM Yang di-Pertuan Agong sama sekali!!

Loading...

WAJIB BACA:

Pendedahan: Zahid lindungi Muhyiddin, setuju ahli parlimen UMNO tidak perlu letak jawatan jika Darurat tamat 1 Ogos ini



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...