Admin “Mahathir The Legend” mengugut terbalikkan dan bakar semua teksi di Kuala Lumpur

THE THIRD FORCE

PETALING JAYA: Sebuah laman Facebook bergelar “Mahathir The Legend” hari ini mengugut akan terbalikkan semua teksi di bandaraya Kuala Lumpur dan membakar teksi-teksi tersebut sekiranya perasaan rakyat diapi-apikan.




Ugutan tersebut muncul tidak lama selepas sebuah blog yang bergelar “Blog Puteri” menerbitkan suatu pesanan oleh Pengerusi Koperasi Pemandu Teksi Wilayah Persekutuan, Jamil Mat Desa.

Dalam pesanan tersebut, Jamil menuduh kerajaan Pakatan Harapan memperlekeh pemandu-pemandu teksi dan sekaligus mengugut akan melumpuhkan bandaraya Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan berunding dengannya.

Biarpun perbuatan Jamil tidak bertamadun dan tersasar dari nilai peradaban Islam, TTF mengangap ugutan yang dibuat oleh admin “Mahathir The Legend” amat serius dan merupakan satu kesalahan yang berat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Menurut Seksyen tersebut, seseorang yang disabitkan kesalahannya boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau didenda ataupun‎ kedua-duanya sekali bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukannya.

Memandangkan ugutan yang dibuat “Mahathir The Legend” ditujukan kepada awam, TTF menyarankan agar admin laman Facebook tersebut memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan pemandu-pemandu teksi dalam tempoh 24 jam bagi mengelakkan sebarang aduan polis dibuat terhadapnya.

ARTIKEL-ARTIKEL BERKAITAN:

1. How the DAP’s Chin Tong, Anthony Loke and Guan Eng took taxi drivers for a ride

2. Cabbies, please calm down. You’re on the losing end if you persist with such behaviour

 

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...