ADUN Batang Kali umum keluar PPBM bersama 1,800 ahli Hulu Selangor

Harumaini berkata, beliau dan 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ahli parti itu. Sumber (gambar): TTF

ادون باتڠ كالي عموم كلوار ڤڤبم برسام 1،800 اهلي هولو سلاڠور

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Harumaini Omar mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Beliau turut menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan penubuhan parti baharu, minggu lalu.

Sebelum ini Adun Jeram Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar dari Bersatu dan turut menyokong Dr Mahathir.

Mereka juga dilihat hadir pada sidang media penubuhan parti baharu berkenaan bersama Adun Kuang, Salehuddin Amiruddin Jumaat lalu.


AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Harumaini Omar mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.

Beliau turut menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan penubuhan parti baharu, minggu lalu.




Harumaini berkata, beliau dan 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ahli parti itu.

“Bahawasanya saya Harumaini Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali dengan ini mengisytiharkan keluar dari Bersatu berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2020.

“Saya juga mengisytiharkan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya pada satu kenyataan media.

Sebelum ini Adun Jeram Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar dari Bersatu dan turut menyokong Dr Mahathir.

Mereka juga dilihat hadir pada sidang media penubuhan parti baharu berkenaan bersama Adun Kuang, Salehuddin Amiruddin Jumaat lalu.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...