Adun PH sertai kabinet Hajiji, Bung Moktar dan dua lagi ADUN BN disingkir

Rombakan hari ini dibuat susulan dakwaan Bung Moktar bahawa 17 ahli parlimen BN Sabah telah menarik balik sokongan kepada Hajiji untuk terus berkhidmat sebagai ketua menteri pada Jumaat lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

ادون ڤه سرتاي كابينيت حاججي، بوڠ موكتر دان دوا لاڬي ادون بن دسيڠكير

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Adun Tanjung Keramat, Shahelmy Yahya hari ini dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah.

Dia menggantikan Adun Lamag, Bung Moktar Raden yang juga disingkirkan sebagai menteri kerja raya.

Turut dilantik menganggotai barisan kabinet Sabah dan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin ialah dua wajil rakyat Pakatan Harapan.

Mereka ialah Christina Liew (PKR-Api-Api), Phoong Jin Zhe (DAP- Luyang).


Adun Tanjung Keramat, Shahelmy Yahya hari ini dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah.

Dia menggantikan Adun Lamag, Bung Moktar Raden yang juga disingkirkan sebagai menteri kerja raya.




Shahelmy dilantik sebagai timbalan ketua menteri III dan diberi portfolio kerja raya.

Selain Bung Moktar, Hajiji turut menggugurkan dua lagi anggota kabinetnya – Yakub Khan (BN-Karambunai) dan Jafry Ariffin (BN-Sukau).

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan selaku Adun Tambunan kini adalah timbalan ketua menteri I dan memegang porfolio pertanian dan perikanan.

Jawatan timbalan ketua menteri II pula disandang oleh Adun Kundasang, Dr Joachim Gunsalam dari Parti Bersatu Sabah (PBS). Dia juga dilantik sebagai menteri kerajaan tempatan dan perumahan.

Rombakan hari ini menyaksikan BN kini menduduki tempat ketiga sebagai timbalan ketua menteri berbanding Bung Moktar yang menjawat timbalan ketua menteri I sebelum ini.

Turut dilantik menganggotai barisan kabinet Sabah dan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin ialah dua wajil rakyat Pakatan Harapan.

Mereka ialah Christina Liew (PKR-Api-Api), Phoong Jin Zhe (DAP- Luyang).

Loading...

Liew dilantik sebagai menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar manakala Phoong sebagai menteri pembangunan perindustrian.

Hajiji turut melepaskan portfolio kewangan yang dipegangnya dan diberikan kepada Masidi Manjun daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sebelum ini adalah menteri kerajaan tempatan dan perumahan.

Dalam satu kenytaaan selepas majlis mengangkat sumpah sebagai menteri kabinet di Kota Kinabalu, hari ini, Hajiji berkata rombakan kabinet itu adalah sesuatu yang perlu dan bertujuan mengukuhkan kerajaan negeri sekarang.

“Kami memerlukan satu pasukan kuat. Menyedari keperluan untuk membentuk satu pentadbiran inklusif, saya telah memasukkan Adun dari Pakatan Harapan ke dalam kabinet (Sabah).

“Kerajaan negeri berazam mempunyai pemimpin yang punya iltizam sehaluan dan menghargai setiap keperluan bagi memastikan usaha membangunkan negeri berjalan lancar dan tanpa sebarang gangguan seperti diharapkan rakyat.

“Kestabilan politik adalah penting mencapai matlamat ini,” katanya..

Rombakan hari ini dibuat susulan dakwaan Bung Moktar bahawa 17 ahli parlimen BN Sabah telah menarik balik sokongan kepada Hajiji untuk terus berkhidmat sebagai ketua menteri pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, lima ahli parlimen BN tidak sehaluan dengan Bung Moktar dan berikrar untuk terus menyokong Hajiji.

Mereka berlima termasuk Shahelmy dan James Ratib yang masing-masing sudah menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet Sabah.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...