Berikut merupakan versi yang disampaikan oleh Zulkifli Ibrahim, selaku ADUN Sungai Aceh, Pulau Pinang berhubung perjumpaan beliau dengan Anwar Ibrahim baru-baru ini. Tafsiran TTF, kususnya maksud perenggan terakhir, ialah Zulkifli memberi amaran kepada Anwar akan keluar parti jika terus diganggu
Zulkifli Ibrahim
Sejak tiga hari lepas saya dihujani pertanyaan daripada kenalan termasuk media melalui whats app dan juga panggilan telefon berkenaan perjumpaan saya dan beberapa orang teman bertemu YB Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ya, saya bertemu Datuk Seri Anwar pada 3 Jun 2020 sekitar hampir jam 3 petang di Pejabatnya yang terletak di banglow di Bukit Gasing. Pertemuan berlangsung lebih kurang sejam.
Sudah berbulan memang saya usaha bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut beberapa penjelasan tetapi tidak dapat berjumpa. Sehinggalah saya mengeluarkan kenyataan menyatakan kekesalan terhadap bagaimana DS Anwar menguruskan beberapa isu berkaitan parti pada 29 April 2020. Selepas itu baru Ada DS Anwar, itupun melalui beberapa orang hubungi saya hingga pada hujung Ramadhan ke arah menyusun pertemuan. Namun jujurnya hati saya sudah sangat tawar.
Saya tegaskan sikap saya demi kepentingan ramai khususnya pengundi DUN Sg. Acheh, saya sedia kerjasama dengan mana juga pihak. Namun beberapa tindakan saya bekerjasama dengan Ahli Parlimen Nibong Tebal melalui kerajaan pusat untuk menyalur bantuan kepada rakyat dibalas dengan tekanan dalaman parti.
Sehinggalah minggu pertama Eidulfitri saya dihubungi cheGuBard yang berkongsi pandangan agar apa juga langkah saya selepas ini, elok saya bertemu DS Anwar dan bercakap sendiri secara berdepan. Dia sendiri menunjukkan kepada saya beberapa masej DS Anwar kepadanya untuk bertemunya dan beliau minta saya sertai sekali.
Saya melihat ini peluang untuk saya meluahkan apa yang terbuku khususnya dalam isu pengurusan parti yang celaru sejak DS Anwar menjadi Presiden.
Pertemuan tersebut sepatutnya pertemuan tertutup. Saya luah semuanya dan Datuk Seri Anwar gagal menjelaskan hampir semua persoalan dibangkitkan. Dia cuma mampu kata semua dibangkitkan perkara kecil. Jangan kecil Hati, sebaliknya dia cuba menyakinkan perubahan kerajaan akan berlaku dan dia bakal menjadi Perdana Menteri.
Selepas pertemuan ternyata Datuk Seri Anwar bukanlah ahli politik “gentleman”. Pada awalnya saya mengambil sikap untuk mengunci mulut tetapi rakaman dari jauh gambar dan video dari ‘dalam’ diviralkan pentaksubnya spin seolah saya dan cheGuBard “u turn” dengan istilah membeli insuran, perlu saya jelaskan tiada langsung istilah “uturn”!
Saya tegaskan untuk apa saya ataupun cheGuBard membeli insuran? Untuk pengetahuan, sebelum pertemuan itu saya dimaklumkan telah dinamakan untuk duduk di dalam Lembaga Pertubuhan Peladang, di mana kedudukan ini amat strategik untuk saya membantu masyarakat petani peladang di negara ini termasuk di seberang perai selatan khususnya di DUN Sg Acheh yang ramai terlibat dalam bidang pertanian. Pengalaman saya sebelum ini sebagai lembaga pengarah syarikat berasaskan pertanian yang disenaraikan di bursa saham utama dan bergelumang dengan masyarakat tani termasuk pernah menjadi Pembantu Khas Exco Pertanian Pulau Pinang akan saya gunakan sepenuhnya.
Apa gila sangat nak spin dgn istilah u turn ketika ini ? Malah saya tegaskan ketika PKR ditampuk kuasa bekas – bekas BN yang lompat ke dalam PKR di cabang yang diberi keistimewaan dan kedudukan termasuk dalam pemilihan parti untuk singkirkan YB Azmin. Walhal sekarang ini pula rakyat dalam krisis kesempitan hidup akibat pandemik covid 19.
Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti saya nyatakan dihujung pertemuan tersebut pada 3 Jun 2020, saya sehingga kini masih selaku ADUN PKR Sg Acheh walaupun saya diminta untuk berjumpa dgn YB TKM1 Dan YB Bakhtiar menyusun kembali parti. Namun jika berlaku pertembungan dan gangguan untuk saya berkhidmat membantu masyarakat, saya akan utamakan penduduk dikawasan saya. Saya juga berhak menyatakan bantahan atau kekesalan saya dalam kepincangan urusan dalaman parti. Saya bukan macai.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
