Adun Tras dan Tanah Rata ungkit isu ‘warna kulit’ dalam mendesak DAP sokong ICERD

Sazali Yunus

Adun-adun Tras dan Tanah Rata, Chow Yu Hui dan Chiong Yoke Kong, Jumaat lepas mendesak ahli-ahli parlimen DAP supaya meratifikasikan ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination), yang dalam Bahasa Melayu bermaksud Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan bersama, kedua-dua ADUN DAP tersebut merujuk kepada pengisytiharan “Deklarasi Setapak,” yang menurut mereka dirumuskan oleh pelopor DAP pada tahun 1967.




“Dalam “Deklarasi Setapak”, pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera.

“Kalau kita melihatnya dalam konteks hari ini, ideologi DAP pada ketika itu adalah satu pendirian yang bersifat inklusif dan berpandangan jauh.

“Namun begitu, lihat balik kepada dasar dan polisi yang kami kemukan pada hari ini, adakah DAP semakin beranjak ke hadapan? Atau sebaliknya kami tidak lagi melihat kepada ideologi yang diperjuangkan selama ini,” kata mereka.

Kedua-dua Adun tersebut mengungkit isu perbezaan warna kulit dalam memberi justifikasi betapa perlunya ICERD, sekaligus memberi persepsi bahawa perbezaan warna kulitlah yang menjadi asas kepada keengganan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini meratifikasikan konvensyen tersebut.

Terdahulu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menulis dalam blognya bahawa ICERD jelas bercanggah dengan beberapa perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara percanggahan-percanggahan yang digariskan beliau termasuk:

1. Perkara 8(4)(f) yang menghadkan Regimen Askar Melayu kepada orang Melayu.

Loading...

2. Perkara 89 mengenai Tanah Simpanan (Rizab) Melayu.

3. Perkara 153 mengenai perizaban kuota berkenaan dengan jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan permit atau lesen dan sebagainya, bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...