Agong berangkat pulang ke Istana Negara setelah jalani rawatan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sumber (gambar): Fail TTF

اڬوڠ بيرڠكت ڤولڠ ك ايستان نڬارا ستله جالني راوتن

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berangkat pulang ke Istana Negara selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keberangkatan pulang Seri Paduka pada 12.40 tengah hari, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke IJN pada 21 September untuk menjalani rawatan keracunan makanan dan rawatan intervensi susulan pengimejan MRI pada 22 Sept, menunjukkan kecederaan dialami oleh Al-Sultan Abdullah, yang dimaklumi aktif bersukan.


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berangkat pulang ke Istana Negara selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keberangkatan pulang Seri Paduka pada 12.40 tengah hari, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.




“Alhamdulillah, Seri Paduka Baginda beransur pulih. Atas nasihat pakar perubatan IJN, Seri Paduka Baginda akan berehat di Istana Negara,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah turut berangkat menunaikan solat Jumaat sejurus tiba di Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke IJN pada 21 September untuk menjalani rawatan keracunan makanan dan rawatan intervensi susulan pengimejan MRI pada 22 Sept, menunjukkan kecederaan dialami oleh Al-Sultan Abdullah, yang dimaklumi aktif bersukan.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...