Agong beri petunjuk Muhyiddin perlu letak jawatan

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Sumber (gambar): Fail TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

اڬوڠ بري ڤتونجوق محي الدين ڤرلو لتق جاوتن

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Yang Di-Pertuan Agong semalam memberi petunjuk kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sudah tiba masanya Muhyiddin menghadap untuk meletakkan jawatan.

Perkara ini diajukan kepada Muhyiddin secara tersirat dan diplomatik apabila Yang Di-Pertuan Agong, berdasarkan laporan (KLIK SINI), mengingatkan Muhyiddin berkenaan keperluan untuk membuktikan majoritinya di Parlimen dan membuat apa yang perlu selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.




Menurut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kecuali atas permintaannya kepada Yang di-Pertuan Agong Parlimen dibubarkan, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan.

Apabila Perdana Menteri didapati tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan tidak mahu meletakkan jawatan, undi tidak percaya kepada beliau boleh dibuat di Dewan Rakyat.

BACA JUGA: KEM MUHYIDDIN KOYAK RABAK

Sekiranya undi tidak percaya menunjukkan Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Namun Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam isu pembubaran Parlimen.

Maknanya, Yang Di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk tidak membubarkan Parlimen walaupun dinasihati oleh Perdana Menteri.

Justeru, jika Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti dan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, dan jika Seri Paduka Baginda Tuanku membuat keputusan untuk tidak membubarkan Parlimen, Muhyiddin akan terpaksa letak jawatan.

Menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, seksyen 29 di bawah ordinan pentafsiran dan fasal-fasal am 1948 yang digunapakai bagi pentafsiran Perlembagaan Persekutuan menetapkan, kuasa melantik termasuk kuasa membuang.

Loading...

“Kenapa kita kata tidak ada kuasa membuang sedangkan perlembagaan kata, kuasa melantik termasuk kuasa membuang?

“Jika sesuatu undang-undang bertulis memberi kepada seseorang atau sesuatu pihak berkuasa, suatu kuasa bagi membuat pelantikan-pelantikan bagi sesuatu jawatan atau kedudukan, maka, melainkan jika terdapat maksud yang berlainan, kuasa itu hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa membuang atau menggantung jawatan,” katanya.

Semalam, TTF menulis:

Baru-baru ini, apabila membicarakan dengan lebih lanjut kuasa-kuasa perlembagaan yang ada pada Yang Di-Pertuan Agong, Haniff berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas memberikan Seri Paduka Baginda Tuanku budi biara mutlak dalam soal pelantikan Perdana Menteri.

“Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan satu-satunya formula berperlembagaan untuk Baginda YDPA menjalankan budi bicara mutlak Baginda menurut Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan di dalam perlantikan Perdana Menteri, iaitu:

“…seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu …

“Oleh itu, sekali lagi ianya satu kekhilafan untuk kita mengandaikan bahawa Perlembagaan memperuntukkan Baginda YDPA tanpa pilihan, untuk memilih pemimpin parti yang mempunyai majoriti ahli Dewan sebagai Perdana Menteri.”

Menurutnya, Yang Di-Pertuan Agong boleh juga menitahkan Perdana Menteri untuk mengambil cuti pejawatanan bagi tempoh yang dipercayai bersesuaian di bawah budi bicara mutlak Seri Paduka Baginda Tuanku atau menitahkan Perdana Menteri untuk meletak jawatannya.

“Undang-undang berhubung cara tafsiran Perlembagaan bertulis telah menetapkan bahawa setiap satu dan kesemua peruntukan Perlembagaan mestilah dibaca secara menyeluruh dan dengan cara harmoni untuk memastikan setiap satu dan kesemua peruntukan Perlembagaan itu adalah dihidupkan secara aktif, supaya peruntukan-peruntukan itu tidak dijadikan sia-sia.

“Justeru, tanpa apa-apa keraguan, Institusi Raja, yakni Majlis Raja-Raja dan Baginda YDPA, adalah secara berperlembagaan cabang keempat Kerajaan di bawah Perlembagaan Persekutuan kita.”

WAJIB BACA:

Kem Muhyiddin koyak rabak



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...