
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
اڬوڠ بوليه تيته لمباڬ ڤڠامڤونن كلوار سورت تولق ڤرموهونن ڤڠامڤونن بندوان يڠ اد كيس محكمه لاين
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Semenjak dilaporkan media bahawa NAJIB RAZAK telah memfailkan satu Permohonan PENGAMPUNANN DIRAJA pada 02.09.2022 BERKAITAN hukuman YANG SEDANG DIJALANI SEJAK 23.08.2022 di Penjara Kajang, pelbagai pihak yang telah lantang bersuara dan mengadu bahawa mana-mana BANDUAN yangg masih menghadapi pelbagai PERTUDUHAN JENAYAH lain di MAHKAMAH sewajarnya dan kononnya tidak berhak untuk memohon PENGAMPUNAN DIRAJA, dan menggesa agar peruntukan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda untuk tujuan itu.
2. Seorang rakan pemberita telah menghubungi saya berkaitan isu ini, dan saya telah memberi pandangan saya bahawa selain daripada sering melaungkan keperluan pindaan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya sukar diperolei sokongan majoriti dua pertiga yang mana wajib diperolehi untuk tujuan pindaan kepad Perlembagaan Persekutuan, ada cara lain yang lebih praktikal, yang boleh dilaksanakan oleh pihak yang berkuasa penuh bersabit PENGAMPUNAN DIRAJA itu, iaitu KeBawah Duli YDP AGONG, yang berhak mengarahkan Sekretariat Lembaga Pengampunan, tanpa keperluan gubalan mana-man peruntukan perundangan, apatah lagi peruntukan dalam Perlembagaan sekalipun.
TONTON JUGA (VIDEO TTF): MAHATHIR PM 10?
3. Sebagai contoh, satu PANDUAN KRITERIA WAJIB PANDUAN PERMOHONAN PENGAMPUNAN DIRAJA boleh dikeluarkan, yang boleh senaraikan dengan jelas bahawa mana-mana BANDUAN yang sedang menghadapi perbicaraan jenayah lain, TIDAK BERHAK memfailkan PENGAMPUNAN DIRAJA sehingga pertuduhan-pertuduhan lain itu selesai terlebih dahulu.
4. Pandangan perundangan saya itu telah dipetik dan dilaporkan SINAR PREMIUM 16.09.2022 bertajuk ” ‘Tinggal harapan dan angan-angan’ “yang mana adalah dimuat naik di Ruang Bawah :
Haniff Khatri :
“Pakar perundangan berpandangan pindaan Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan bagi mengatasi kelompongan dan kesamaran berhubung kedudukan Ahli Parlimen yang dihukum penjara melebihi setahun dan denda tidak kurang RM2,000, sukar dilaksanakan kerana memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.
Malah, jika pindaan berkenaan dibentangkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dibahaskan di Parlimen sekali pun usul itu sukar diluluskan kerana ramai dalam kalangan wakil rakyat terutama dari UMNO tidak akan menyokongnya.
Ini kerana pindaan berkenaan akan memberikan impak besar dan menjejaskan peluang sebahagian besar pemimpin tertinggi UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini dibicarakan di mahkamah atas 47 pertuduhan menyeleweng dan penggubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akal Budi (YAB).
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, pindaan kepada Perkara 48 berkenaan sukar dilaksanakan sekarang kerana kerajaan pimpinan Ismail Sabri tidak mempunyai sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Justeru itu, Haniff Khatri berkata, sehingga kerajaan berjaya memperoleh sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen daripada blok penyokong dan pembangkang maka pindaan berkenaan hanya akan tinggal ‘harapan dan angan-angan’ sahaja.
“Semestinya dalam keadaan kerajaan rapuh dan hanya tinggal tidak sampai setahun penggal Parlimen ke-14 untuk matang, saya melihat kita tidak akan berjaya untuk meminda Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan ini.
“Kita hanya boleh berharap kerajaan baharu dibentuk menerusi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan membentangkan usul untuk meminda Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan nanti.
“Bagaimanapun, saya tidak nafikan bahawa satu-satu cara untuk memastikan bahawa mana-mana pemimpin politik yang mengkhianati negara dari sudut kewangan dihukum secara adil, maka kita perlu lakukan pindaan terhadap Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, namun saya tidak nampak ia mampu dilaksanakan dalam tempoh kurang setahun kerajaan pimpinan Ismail Sabri memerintah sehingga Julai 2023,” katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Premium.
Haniff Khatri berkata demikian mengulas kenyataan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, bahawa kerajaan perlu meneliti semula Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan apabila wujud kelompongan dan kesamaran membabitkan seseorang pesalah jenayah dalam kalangan ahli Parlimen yang dijatuhi hukuman penjara dan denda tetapi masih boleh mengekalkan statusnya sebagai wakil rakyat.
Rais berkata, disebabkan ketidakjelasan tersebut bermakna selagi Lembaga Pengampunan tidak memutuskan petisyen berkenaan, selama itulah status ahli Parlimen yang dijatuhi hukuman masih boleh kekal.
Sementara itu, Haniff Khatri berkata Lembaga Pengampunan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sewajar mengeluar kenyataan segera jika mereka mendapati baginda sukar memberikan pengampunan kepada mana-mana banduan termasuk bekas Perdana Menteri itu mempunyai banyak kes lain yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong boleh menitahkan Lembaga Pengampunan mengeluarkan surat atau bersidang segera untuk menolak permohonan pengampunan dihantar mana-mana banduan termasuk Najib yang mempunyai kes lain yang sedang dibicarakan di mahkamah.
“Baginda tidak perlu menunggu banduan berkenaan dimasukkan ke dalam senarai. Jika dalam fikiran Yang di-Pertuan Agong bahawa permohonan itu tidak perlu dipertimbangkan baginda dan Lembaga Pengampunan maka dokumen berkenaan tidak perlu dilayan kerana banduan berkenaan mempunyai kes lain sedang dibicarakan di mahkamah, maka tidak perlu dimasukkan dalam senarai untuk mesyuarat badan berkenaan.
“Saya berpandangan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk menyatakan dalam keadaan tertentu di mana baginda berkuasa mengarahkan Lembaga Pengampunan supaya mengeluarkan surat atau mengadakan mesyuarat ringkas bagi menolak permohonan seseorang yang tidak mencapai kriteria tertentu termasuk ada banyak kes sedang dibicarakan di mahkamah,” katanya.
Haniff Khatri berkata, tindakan itu perlu bagi membolehkan proses pengampunan terhadap seseorang banduan itu ditolak kerana tidak mencapai keperluan atau syarat tertentu.
“Jika Lembaga Pengampunan mengeluarkan surat penolakan berkenaan maka secara automatik seseorang banduan termasuk Najib hak untuk mendapatkan pengampunan dan mungkin hilang kedudukan sebagai Ahli Parlimen Pekan jika semakan kehakiman dilakukannya tidak berjaya.
“Jika Agong mendapati seseorang banduan mempunyai banyak kes dan perlu turun naik mahkamah, maka baginda boleh menolak permohonan pengampunan individu berkenaan kerana prosiding terbabit akan mengambil masa bertahun lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Haniff Khatri menjelaskan Najib tetap tidak boleh bertanding jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat kerana tertakluk kepada Perkara 48 Fasal 5, Perlembagaan Persekutuan.
“Sekarang Najib hanya diberikan pengeculian penggantungan pengosongan kerusi Pekan tetapi jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat kerusi semua orang akan tergugur secara automatik. Jadi pengeculian di bawah Perkara 48, Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan tidak akan terpakai jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.
“Najib hanya boleh bertanding PRU15 jika beliau membuat permohonan baharu di mahkamah untuk menggantung sabitan hukuman penjara dan denda ke atasnya sehingga selesai proses semakan kehakiman dan penggampunan diraja, namun perkara itu hampir mustahil untuk diperolehi,” katanya.
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
