AGONG DAN PERLEMBAGAAN

Tamrin Tun Ghafar. Sumber (gambar): Fail TTF

Tamrin Tun Ghafar

1. Thomas Sowell, seorang Ahli Akademik di salah sebuah Universiti Terkemuka di Amerika Syarikat pernah menyuarakan pendanganya  berhubung politik:

” Politics Is The Art Of Making Your Self Desires Seem Like The National Interest,” ATAU “Politik Adalah Seni Menjadikan Kepentingan Diri Seolah – Olah Mencerminkan Ia Adalah Bagi Kepentingan Rakyat Dan Negara.”

2. Jika tidak ada sebarang PENAFIAN oleh Pejabat Perdana Menteri atau PMO maka apa yang dikatakan oleh salah seorang pegawai Muhyiddin bahawa Perisytiharaan Darurat itu adalah bagi KEPENTINGAN  POLITIK  Muhyiddin adalah BENAR.




3. Sebenarnya rakyat sudah LALI dengan sikap PEMBOHONGAN dan PENGECUT Muhyiddin yang membisu dan memekakkan telinga seperti burung kasawari membenamkan kepala ke dalam pasir  apabila berhadapan dengan perkara – perkara yang tak boleh dijawab seperti TAKUT MENJAWAB CABARAN SAYA DI MAHKAMAH dalam kes hubungan seks beliau dengan Nika Gee yang ketika itu MASIH bersuami.

4. Sejak RAMPASAN KUASA pada bulan Februari 2020, TIDAK ada satu perancangan ekonomi jangka panjang yang boleh dibanggakan; yang dipersembahkan ialah bantuan jangka pendek atau sementara  kepada Makcik Kiah, itu pun telah diperbetulkan oleh Menteri Kewangaannya selain dari bacaan doa  bagi menutup KEKOTORANyang dilakukannya.

5. Kini banyak kilang pembuatan dan industri lain ditutup dan berpindah ke Indonesia menyebabkan jumlah pengangguran meningkat, walaupun Azmin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengatakan ekonomi negara kukuh dan masih banyak Pelabur Asing  (Foreign Direct Investment) datang melabur di sini.

6. Nasihat saya hentikan tabiat membohongi rakyat jika tidak mahu dihumban pada Pilihanraya Umum akan datang.

7. Perlu diulangi lagi bahawa Sistem Pemerintahan Negara yang TELAHDIPERSETUJUI oleh semua pihak dan DIGUNAPAKAI berhubung kedudukan Raja – Raja  Melayu sejak MERDEKA  64 tahun lalu:

RAJA BERPELEMBAGAAN bukan RAJA MUTLAK, atau CONSTITUIONAL MONARCH, not ABSOLUTE MONARCH   

8. Dalam lain perkataan PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH SUPREME atau YANG TERATAS SEKALI, justeru semua pihak sama ada rakyat negara ini termasuk orang asing, Agong, Raja-Raja, Perdana Menteri  mahu pun penyapu sampah di tepi jalan MESTI dan WAJIB akur dan menghormatinya.

Loading...

9.  Rakyat tidak mempersoalkan kuasa dan tindakan Agong berhubung PERISYTIHARAAN DARURAT yang diumumkan namun ingin mengingatkan SUMPAH yang dilafazkan semasa mengambil alih jawatan Yang Di Pertuan Agong:

” Kami ……ibni …… Yang Di Pertuan Agong Bagi Malaysia BERSUMPAH Dengan Melafazkan

WALLAHI ; WABILLAHI ; WATALLAHI

Maka Dengan Lafaz Ini Berikrarlah Kami Dengan  Sesungguhnya Dan Dengan Sebenarnya MENGAKU  Akan Taat Setia Pada Menjalankan Dengan ADILnya Pemerintahan Bagi Malaysia Dengan Mengikut Sebagaimana Undang – Undang dan PERLEMBAGAAN Yang Telah DiSah Dan DiMasyhurkan Dan Yang Akan DiSah Dan DiMasyurkan Di Masa Hadapan Ini.  Dan Lagi Kami Berikrar Mengaku Dengan Sesungguh Dan Dengan Sebenarnya Memelihara Pada Setiap Masa Agama Islam  Dan Berdiri  Tetap Di Atas Pemerintahan Yang ADIL Dan Aman Di Dalam Negeri.

10.  Sebenarnya rakyat TIDAK MENCABAR tindakan Agong namun ramai berpendapat Perisytiharaan Darurat itu TIDAK bertepatan dengan Perkara 150 (1) dan (2) Perlembagaan.

11.  Perkara 150 (1):

‘ Jika Yang Di Pertuan Agong berpuas  hati bahawa suatu darurat   besar  SEDANG  BERLAKU  yang menyebabkan Keselamatan atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana – mana bahagiannya terancam , maka YDP Agong BOLEH mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu Perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”

11.  Perkara 150 (2):

‘ Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) BOLEH dikeluarkan

Sebelum sebenarnya terjadi kejadian yang mengancam Keselamatan, atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana – mana bahagiannya jika YDP Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.

12.  Persoalan yang berbangkit ialah: 

i.   Apakah BOLEH YDP Agong menerimapakai NASIHAT seorang Perdana Menteri yang HILANG sokongan Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat?

ii.  Amat Penting memahami   

PERKARA 43 (2) (a) iaitu:

YDP Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengurusikan Jemaah Menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada HEMATnya mungkin MENDAPAT KEPERCAYAAN  MAJORITI  Ahli Dewan Rakyat itu.

iii.  PERKARA  43 (4): 

JIKA PERDANA MENTERI  TIDAK LAGI  MENDAPAT  KEPERCAYAAN MAJORITI  Ahli Dewan  Rakyat, maka Perdana Menteri HENDAKLAH  MELETAKKAN JAWATAN Jemaah Menteri melainkan atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh YDP Agong.

iv.  Apakah tidak mustahil mengadakan  Piliharaya Umum  dalam keadaan penuluaran  COVID ini  boleh MEMBURUKAN  keadaan kesihatan seperti yang pernah berlaku sewaktu Pilihanraya Negeri Sabah beberapa bulan lepas.

v.  Apakah TIDAK MUSTAHIL Proklamasi Darurat itu SEBENARNYA lebih kepada kepentingan diri Muhyiddin apabilaParlimen dan aktiviti politik digantung sehingga Ogos 2020?

vi.  Salahguna kuasa dan rasuah PASTI akan terus meningkat  tambah lagi apabila Parlimen digantumg – mereka boleh buat apa sahaja sesuka hati sedangkan rakyat terus  ikat perut akibat harga barang makan dan keperluan harian terus MENINGKAT.

13. Muhyiddin SUDAH pun HILANG SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN, justeru  Agong PERLU MEMPERTIMBANG SEMULA beliau sebagai Perdana Menteri dan Perisytiharan Darurat.

14. Jika sebelum ini 3 Ahli Parlimen Kerajaan yang telah disahkan POSITIF  COVID 19 diarak masuk Parlimen dengan memakai PAKAIAN KHAS (PPE) COVID 19 semata – mata untuk mengundi menyokong Kerajaan dan pada masa yang sama semua Ahli Dewan patuh kepada SEMUA syarat yang diperintah termasuk PENGASINGAN  diri dengan setiap Ahli Dewan dipisahkan oleh kotak cermin, maka APA  PERLUNYA  Parlimen digantung?

15. Sebenarnyapenggantungan Persidangan Parlimen dilakukan bagi MENGGELAKKAN UNDI TIDAK PERCAYA terhadap Muhyiddin.

16. Ada kemungkinan besar majoriti Perwakilan UMNO  AKAN  mengundi MENARIK  sokongan terhadap Muhyiddin, justeru semua aktiviti politik TIDAK DIBENARKAN.

17. Mengapa Kompleks Beli Belah, Pasaraya dan Tadika boleh dibuka sedangkan Parlimen yang hanya mempunyai 220 Ahli TIDAK DIBENARKAN; bukankah ia satu tindakan yang tak masuk akal?

18.  Diharapkan Agong dan Raja – Raja Melayu yang telah memberi persetujuan mengenai Perisytiharan Darurat ini MENIMBANG SEMULA keputusan tersebut, lagi pun ia lebih kepada MENYUSAHKAN rakyat  terutama aktiviti ekonomi harian yang bertentangan dengan SYARAT-SYARAT Deklarasi Darurat seperti yang TERMAKTUB dalam Perlembagaan.

19. Kita berbangga Agong dan Raja-Raja Melayu TIDAK BOLEH DIBELI atau TIDAK TERMASUK dalam kalangan ‘Scheme of Things’ yang dilakukan Muhyiddin kepada Ahli-Ahli Parlimen bagi mengukuhkan jawatannya.

20. Kita bersyukur kerana rakyat  hari ini masih mencintai dan menghormati  Raja – Raja, tidak  seperti sejarah Melaka di mana  seperti Sultan  ditikam  mati akibat kezaliman terhadap  isteri Megat Seri Rama, Laksamana Bentan  yang begitu setia dan berakhir dengan kemarahan, begitu juga apa yang berlaku terhadap Marie Antionette, Raja Perancis yang terakhir selepas rakyat bertindak ekoran kelaparan  berlaku  dalam tahun 1793.

21. Adalah lebih sempurna jika Yang Dipertuan Agong bertindak seperti SUMPAH yang dilafazkan dengan MENDENGAR sendiri pandangn Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim kerana mereka ini terlibat secara terus dalam apa yang sedang berlaku; jika tidak bantahan demi bantahan akan berterusan.

22. TERSERAH KEPADA MAJLIS PEGUAM (Bar Council) dan PAKAR-PAKAR PERLEMBAGAAN DUDUK BERSAMA MENGKAJI DAN MENGHANTAR RUMUSAN MEREKA KEPADA YDP AGONG.

Wassalam

Terima Kasih.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...