Agong harus tolak cadangan Darurat, hanya gandingan Mahathir dan Ku Li dapat selamatkan negara

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Kalau kerajaan ‘tebuk atap’ PN nak isytihar darurat tolong hanya isytihar darurat di Sabah kerana mencatatkan kes baharu bersamaan 72.4% yang tinggi di sana”

Khairuddin Abu Hassan

Keseluruhan rakyat Malaysia amat resah dan gelisah serta tidak boleh terima cadangan kerajaan ‘tebuk atap’ PN untuk laksana undang-undang darurat yang tidak masuk akal sama sekali.

Inilah salah percaturan politik Muhyiddin Yassin yang ‘tidak ukur baju di badan sendiri’ kerana beliau tidak mampu untuk memimpin negara.

Muhyiddin Yassin tidak dilahirkan sebagai pemimpin dan beliau juga bukan seorang pengikut yang baik.




Bagi saya terpaksa akui bahawa Muhyiddin Yassin hanyalah seorang ‘pengkhianat’ yang terbaik serta licik.

Tun Dr Mahathir Mohamad banyak berkorban untuk parti PPBM serta bertungkus-lumus untuk ambil-alih kepimpinan negara dari kerajaan kleptokrasi pada PRU14 yang lepas.

Setelah berjaya dengan berkat usaha kuat semua pemimpin-pemimpin PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu akhirnya telah berjaya menumbangkan kerajaan kleptokrasi BN yang ditunjang oleh UMNO.

Waktu itu Anwar Ibrahim masih merengkok lagi di penjara Sg Buloh. Beliau tiada peranan langsung di kala itu bagi menumbangkan kerajaan BN yang amat korup.

Malangnya, Muhyiddin Yassin yang amat rakus kuasa sanggup mengkhianati dan ‘tikam belakang’ mantan perdana menteri ke tujuh untuk beliau capai impiannya bagi menjawat jawatan perdana menteri.

Akhirnya, sistem politik tanahair jadi ‘caca merba’, ditambah dengan sikap rakus Anwar Ibrahim yang juga cuba untuk merampas jawatan perdana menteri bagi memuaskan nafsu peribadinya.

Lanskap politik tanahair terus jadi tidak menentu di tambah dengan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.

Loading...

Alasan untuk mengisytiharkan darurat kerana pandemik Covid-19 tidak masuk akal sama sekali kerana kita masih berjaya mengawalnya secara berkesan setakat ini.

Pada hari ini jumlah kes baharu adalah 1,228 kes namun kes di Sabah mencatatkan 889 kes. Manakala kes pulih mencatatkan sebanyak 671 kes.

Ini membuktikan kes baharu Covid-19 masih terkawal kerana kes pulih juga agak tinggi.

Kalau kerajaan ‘tebuk atap’ PN nak isytihar darurat tolong hanya isytihar darurat di Sabah kerana mencatatkan kes baharu bersamaan 72.4% yang tinggi di sana.

Dari perangkaan ini membuktikan tiada alasan langsung untuk KDYMM Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu melayani cadangan Muhyiddin Yassin.

Pada hakikatnya, Muhyiddin Yassin ingin mengisytiharkan darurat kerana hendak selamatkan kedudukannya yang telah hilang sokongan majoriti bagi mengekalkan jawatan beliau semata-mata.

Rakyat Malaysia hanya menyandarkan harapan kepada kebijaksanaan KDYMM Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu saja bagi menolak cadangan kerajaan ‘tebuk atap’ yang tidak munasabah ini walaupun mereka akan mereka-cerita pelbagai alasan kearah mencapai impian untuk selamatkan diri sendiri saja.

Kini, baru Muhyiddin Yassin sedar bahawa bukan senang untuk memimpin negara khususnya di saat yang paling mencabar ini.

Sejujurnya, hanya tokoh-tokoh negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah saja yang boleh selamatkan negara kerana pengalaman luas di bidang politik mahupun ekonomi yang ada pada kedua-dua tokoh ini.

Sejarah membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pakar menangani krisis ekonomi dunia dan matawang pada tahun 1999 dengan acunya yang tersendiri.

‘Penyangak matawang’ george soros serta IMF terpaksa akui cara kebijaksanaan Tun Dr Mahathir Mohamad menanganinya secara amat berkesan.

Seluruh rakyat Malaysia merafak sembah kepada KDYMM Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menolak cadangan ‘tidak masuk akal’ kerajaan ‘tebuk atap’ PN seterusnya membuat pertimbangan secara serius untuk Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tengku Razaleigh Hamzah ambil-alih kepimpinan negara.

Kedua-dua tokoh negarawan ini tidak mempunyai sebarang agenda untuk kepentingan diri melainkan amat ikhlas kearah membina semula Malaysia baharu demi kesejahteraan masa depan negara.

Muhyiddin Yassin tolonglah letak jawatan secara terhormat agar awak bakal dihormati semula oleh keseluruhan rakyat Malaysia walaupun telah mengkhianati kerajaan PH yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selama 18 bulan!!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...