Agong isytihar Darurat di Batu Sapi, Sabah

Yang di-Pertuan Agong juga bertitah menasihati rakyat jelata agar berdisplin dan memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa membendung wabak COVID-19. Sumber (gambar): Fail TTF

اڬوڠ اشتهار ضرورت د باتو ساڤي، سابه

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar Pilihran Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara.

Menurut beliau, Al Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat di Batu Sapi selepas berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Negara pada pukul 4 petang tadi.

Sehubungan itu, Ahmad Fadil berkata, segala prosiding yang telah dimulakan bagi PRK P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan bagi tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang keempat penularan wabak COVID-19 dan suatu tarikh lain akan ditetapkan bagi PRK itu.


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar Pilihran Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara.




Menurut beliau, Al Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat di Batu Sapi selepas berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Negara pada pukul 4 petang tadi.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempersembahkan nasihat beliau, susulan daripada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri, berkenaan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.185) Batu Sapi, Sabah untuk ampun perkenan Seri Paduka Baginda.

“Setelah memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, Al-Sultan Abdullah telah berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia bagi membolehkan suatu Ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi P.185 Batu Sapi, Sabah,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Sehubungan itu, Ahmad Fadil berkata, segala prosiding yang telah dimulakan bagi PRK P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan bagi tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang keempat penularan wabak COVID-19 dan suatu tarikh lain akan ditetapkan bagi PRK itu.

“Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi P.185 Batu Sapi, Sabah dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19,” jelas titah itu.

Baginda juga, kata Ahmad Fadil, amat prihatin terhadap keselamatan rakyat jelata ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 di negara ini sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sabah ke-16 yang diadakan pada 26 September, 2020.

Loading...

Justeru, Al-Sultan Abdullah berpendapat bahawa amatlah wajar PRK itu dibatalkan dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara.

“Perkenan Seri Paduka Baginda ini jelasnya, setelah mengambil iktibar dan pengalaman dari PRU Negeri Sabah ke-16 yang menjadi faktor utama gelombang ketiga penularan COVID-19 di negara,” jelas Ahmad Fadil.

Berdasarkan data SPR, jumlah pemilih berdaftar di P.185 Batu Sapi adalah 32,962 orang dan sejumlah 3,170 orang daripadanya berada di luar bahagian Parlimen termasuk di Semenanjung dan Sarawak.

Dianggarkan sejumlah 16,000 pemilih beralamat umum, iaitu tiada nombor rumah dan akan menyukarkan pelaksanaan undi pos.

“Perkenan Seri Paduka Baginda ini juga mengambil kira jumlah pemilih berdaftar yang tinggal di luar bahagian P.185 Batu Sapi yang dijangka akan merentas daerah dan negeri untuk pulang mengundi,” kata Ahmad Fadil.

Dalam pada itu, beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong juga bertitah menasihati rakyat jelata agar berdisplin dan memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa membendung wabak COVID-19.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan sanjungan tinggi kepada para wira dan wirawati di barisan hadapan atas ketabahan dan pengorbanan menjalankan tanggungjawab tanpa mengira masa dan penat lelah. Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa COVID-19 dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan.

“Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak COVID-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera,” ujar Ahmad Fadil lagi.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...