Agong: Jangan jadikan rakyat taruhan untuk capai agenda

Tegas Seri Paduka Baginda, kematangan menerusi kerjasama dwipartisan semua pihak didambakan seluruh rakyat. Sumber (gambar): Fail TTF

اڬوڠ: جاڠن جاديكن رعيت تاروهن اونتوق چاڤاي اڬيندا

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ahli politik supaya tidak menjadikan rakyat sebagai taruhan untuk mencapai agenda tertentu.

Al-Sultan Abdullah menasihatkan sebarang pertelingkahan dihentikan supaya Malaysia kekal sebagai negara aman, harmoni dan bersatu.

Perasmian yang dilaksanakan serentak bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Seri Paduka Baginda turut berpandangan kerjasama dwipartisan bakal membentuk landskap politik baharu, membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara.


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ahli politik supaya tidak menjadikan rakyat sebagai taruhan untuk mencapai agenda tertentu.

Al-Sultan Abdullah menasihatkan sebarang pertelingkahan dihentikan supaya Malaysia kekal sebagai negara aman, harmoni dan bersatu.




“Jangan sama sekali meletakkan masa depan rakyat beta sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.

“Justeru, ingin beta menyeru kepada Ahli Yang Berhormat sekalian dan untuk mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik Covid-19 ini.

“Ia dalam masa sama membawa kembali sinar kepada rakyat beta dan negara tanah tumpah darah kita,” titah Seri Paduka Baginda dalam pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Isnin.

Perasmian yang dilaksanakan serentak bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Seri Paduka Baginda turut berpandangan kerjasama dwipartisan bakal membentuk landskap politik baharu, membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara.

Tegas Seri Paduka Baginda, kematangan menerusi kerjasama dwipartisan semua pihak didambakan seluruh rakyat.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

Misi sebenar Kluster Mahkamah (Bahagian Satu) – Perjumpaan rahsia Zahid di Jakarta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...