“Yang Di-Pertuan Agong kini boleh melantik sesiapa sahaja untuk mentadbir urus negara dan mengenepikan kerajaan yang sedia ada sehingga tamat Darurat. Perkara ini wajar dilakukan, kerana kerajaan ini telah membatalkan kuasanya sendiri sebelum tamat Darurat biarpun kuasa ini diminta olehnya sendiri atas alasan “amat perlu.”
Raggie Jessy Rithaudeen
اڬوڠ كيني ميليكي كواس مطلق، بوليه كتڤي محي الدين دان لانتيق سسياڤا سهاج
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Pembatalan Ordinan Darurat berkuat kuasa 21hb Julai 2021 bermakna kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional telah hilang kuasa eksekutif dan kini sekadar ‘gajah putih’ yang tidak boleh mentadbir urus negara sehingga tamat Darurat.
Ini kerana, kuasa untuk mentadbir urus negara keitka Darurat telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada kerajaan ini menerusi Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Dengan tiadanya seksyen ini, kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya tinggal kerajaan pada nama dan bukannya dari segi fungsi.
BACA JUGA: KERAJAAN BERJAYA BATAL KUASA SENDIRI
Ini bermakna, sebarang nasihat yang diberikan oleh Muhyiddin kepada Yang Di-Pertuan Agong selepas 21hb Julai 2021 tidak lagi relevan, termasuk nasihat berhubung Proklamasi Darurat, pentadbiran negara di bawah Darurat atau soal perlanjutan atau penamatan Darurat.
Ianya turut bermakna kuasa eksekutif kini hanya milik Yang Di-Pertuan Agong, dan keadaan ini akan berterusan sehingga Darurat yang dikuat kuasakan pada 12hb Januari 2021 tamat.
Selagi Darurat berkuat kuasa, Yang di-Pertuan Agong boleh terus memasyhurkan Ordinan baharu sebagaimana yang didapatinya perlu tanpa merujuk kepada Muhyiddin atau kerajaan.
Menerusi Ordinan baharu ini, Yang Di-Pertuan Agong boleh melantik sesiapa sahaja untuk mentadbir urus negara dan mengenepikan kerajaan yang sedia ada sehingga tamat Darurat.
Perkara ini wajar dilakukan, kerana kerajaan ini telah membatalkan kuasanya sendiri sebelum tamat Darurat biarpun kuasa ini diminta olehnya sendiri atas alasan “amat perlu.”
Kesemua ini adalah berdasarkan andaian bahawa Datuk Seri Takiyuddin Hassan bercakap benar di parlimen apabila mengumumkan bahawa semua Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21hb Julai 2021.
Namun, sehingga hari ini, masih belum kelihatan sebarang notis pembatalan yang ditandatangani oleh Yang Di-Pertuan Agong atau pewartaan pembatalan itu yang dipaparkan di umum.
Andai kata semua Ordinan Darurat masih lagi berkuat kuasa dan salah satu Ordinan ini dibatalkan menerusi undian sebelum 1hb Ogos 2021, kerajaan pimpinan Muhyiddin akan tumbang sebaik sahaja tamat Darurat.
Ini kerana, pembatalan mana-mana Ordinan Darurat menerusi undi di Dewan Rakyat boleh ditafsirkan sebagai undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, memandangkan Muhyiddin sendiri menyifatkan Ordinan ini sebagai “amat perlu” untuk kelangsungan pentadbirannya dalam tempoh Darurat.
Mungkin itulah sebabnya Takiyuddin mengumumkan pembatalan semua Ordinan Darurat, kerana jika Ordinan-Ordinan Darurat sedia terbatal, tidak timbul soal pembatalannya menerusi undian di Dewan Rakyat.
Apa pun, ahli-ahli parlimen masih boleh menolak Proklamasi Darurat sebelum 1hb Ogos 2021, dan perkara ini boleh dilakukan samada menerusi undian rasmi atau dengan “berdiri, pegang mikrofon dan laungkan penolakkan Proklamasi Darurat secara berjemaah.”
WAJIB BACA:
