Agong: Pendekatan pentadbiran Rasulullah wajar dicontohi

Titah Yang di-Pertuan Agong, aspek saling menghormati dan menyayangi serta keadilan berteraskan syariat Islam adalah dua aspek yang menunjangi pentadbiran Baginda Rasulullah. Sumber (gambar): Fail TTF

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah dua pendekatan ditunjukkan Nabi Muhammad dalam mentadbir negara berbilang bangsa, wajar dicontohi untuk memupuk perpaduan rakyat.

“Pada masa sama, usaha berterusan hendaklah dilakukan dalam mengawal fahaman radikal dan sebarang bentuk tindakan yang boleh menggugat keharmonian negara,” titah baginda sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 1441H/2019M di Axiata Arena di Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Mengimbau sejarah, Yang di-Pertuan Agong bertitah, resipi utama pentadbiran Rasulullah SAW terlihat apabila rakyat Madinah merangkumi masyarakat Islam, Kristian dan Yahudi disatukan menerusi pengurusan dan pentadbiran berpandukan toleransi syariat Islam.

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Al-Sultan Abdullah berharap rakyat dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam serta menjadikan Baginda sebagai contoh teragung.


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah dua pendekatan ditunjukkan Nabi Muhammad dalam mentadbir negara berbilang bangsa, wajar dicontohi untuk memupuk perpaduan rakyat.

Titah baginda, aspek saling menghormati dan menyayangi serta keadilan berteraskan syariat Islam adalah dua aspek yang menunjangi pentadbiran Baginda Rasulullah.




“Saya berkeyakinan kerajaan akan sentiasa mengambil pendekatan menjaga hak penganut berbilang agama dan bangsa, di samping berterusan membantu golongan yang lemah.

“Pada masa sama, usaha berterusan hendaklah dilakukan dalam mengawal fahaman radikal dan sebarang bentuk tindakan yang boleh menggugat keharmonian negara,” titah baginda sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 1441H/2019M di Axiata Arena di Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut berangkat ke majlis berkenaan.

Sambutan bertemakan ‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’ itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof.

Al-Sultan Abdullah bertitah, Rasulullah adalah contoh kepada seluruh umat dan manakala serta kesempurnaan akhlak Baginda wajar diteladani serta diikuti generasi masa kini.

Dalam konteks Malaysia, baginda percaya corak pemerintahan Junjungan Besar Nabi Muhammad boleh dijadikan teladan utama dalam pembentukan perpaduan rakyat.

“Perkara utama ditekankan Rasulullah SAW ialah sifat kasih sayang sesama manusia dan semua makhluk di bumi ini.

Loading...

“Perpaduan akan terbentuk secara semula jadi menerusi kasih sayang serta hormat menghormati antara rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

“Baginda juga tidak melupai dan sentiasa menyantuni golongan kurang berkemampuan dan lemah. Ini bagi membolehkan mereka bangkit meningkatkan potensi diri, seterusnya menyumbang kepada masyarakat,” titah baginda.

Mengimbau sejarah, Yang di-Pertuan Agong bertitah, resipi utama pentadbiran Rasulullah SAW terlihat apabila rakyat Madinah merangkumi masyarakat Islam, Kristian dan Yahudi disatukan menerusi pengurusan dan pentadbiran berpandukan toleransi syariat Islam.

“Agama Islam menitikberatkan persaudaraan sejagat dan menuntut pelaksanaan keadilan bagi semua tanpa mengira agama dan bangsa.

“Melalui pendekatan ini, hak individu dan masyarakat sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya akan sentiasa terpelihara.

“Inilah pengajaran yang dibawa Rasulullah SAW untuk dijadikan teladan oleh pemimpin dan generasi masa kini,” titah baginda.

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Al-Sultan Abdullah berharap rakyat dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam serta menjadikan Baginda sebagai contoh teragung.

Titah baginda, kehalusan akhlak Rasulullah dapat memandu dalam memelihara sahsiah diri untuk menjadi bangsa disegani.

“Kebijaksanaan Baginda boleh kita jadikan panduan ke arah pembentukan sebuah negara rahmah yang bersatu padu.

“Kita sudah mempunyai ‘role model’ yang terhebat lagi agung untuk diikuti, janganlah kita mensia-siakannya tanpa mengambil iktibar daripada kehidupan Rasulullah SAW,” titah baginda.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...