Agong perkenan perlantikan Tommy Thomas setelah Anwar mengadap baginda

KUALA LUMPUR: Yang diPertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memberikan perkenanan berhubung perlantikan pakar perlembagaan, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru.

Perkara itu dinyatakan okeh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz melalui satu kenyataan media sebentar tadi.

Melalui kenyataan yang sama, Baginda turut mengampuni perkenan penamatan khidmat Tan Sri Apandi Ali dari jawatan yang sama.

Seri Paduka Baginda turut bertitah agar rakyat Malaysia untuk tidak menjadikan perlantikan tersebut sebagai isu sehingga mencetuskan konflik agama dan kaum.

Menurut Baginda lagi semua rakyat Malaysia sewajarnya dilayan dengan adil dan saksama sambil menegaskan perlantikan Thomas tidak akan menjejaskan hak orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Terdahulu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membincangkan mengenai isu ini.

Sumber: Suara TV

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...