Agong perlu diberi kuasa pecat Perdana Menteri

Dalam usaha untuk memelihara kesucian dan keutuhan agama Islam serta penganutnya di negara ini, ahli-ahli Parlimen Melayu Islam digesa membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengukuhkan kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). Sumber (gambar): Malaysia Gazette

Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, namun puak DAP masih boleh mempertikaikan hak keistimewaan Islam.

Kami percaya DAP giat berusaha untuk menjadikan Islam bersifat liberal dengan bantuan ahli-ahli politik Melayu Islam yang berada di bawah pengaruhnya.


PETALING JAYA: Dalam usaha untuk memelihara kesucian dan keutuhan agama Islam serta penganutnya di negara ini, ahli-ahli Parlimen Melayu Islam digesa membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengukuhkan kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Pengarah Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Raggie Jessy Rithaudeen berkata, pindaan itu bertujuan memberi kuasa kepada YDPA untuk melucutkan jawatan Perdana Menteri yang didapati cuba menjatuh dan mempertikaikan kedudukan Islam di negara ini.

“Kami menuntut agar Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya YDPA lebih efektif sebagai ketua agama Islam.


“Baginda bukan hanya menjadi ketua simbolik negara tetapi tuanku juga mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri.

“Sekiranya Perdana Menteri pincang, dipengaruhi puak bukan Islam atau kelakuannya dilihat mengaibkan oleh orang Melayu Islam, YDPA ada kuasa untuk memecatnya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Deklarasi Selangor.

Selain itu, Raggie Jessy juga menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mewujudkan Islamophobia atau ketakutan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan penganutnya.

“Institusi Islam, agama Islam, orang Melayu Islam serta institusi diraja dilihat kian terancam oleh golongan tertentu yang dilihat menentang institusi agama Islam terutamanya bangsa DAP.

“Kami juga berikrar untuk menuntut agar Islamophobia, mana-mana usaha daripada mana-mana puak iaitu cuba menakut-nakutkan kaum lain supaya membenci Islam, takut kepada Islam, takut kepada Melayu Islam

“Kami menuntut agar perkara ini dijadikan jenayah yang boleh dipenjarakan jika disabit kesalahan,” katanya.

Raggie turut menuntut agar Islam dijadikan sebagai agama rasmi negara ini bagi memastikan agama-agama lain tidak mempertikaikan kedudukan Islam yang mewakili penganut terbesar di negara ini.

“Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, namun puak DAP masih boleh mempertikaikan hak keistimewaan Islam.

“Kami percaya DAP giat berusaha untuk menjadikan Islam bersifat liberal dengan bantuan ahli-ahli politik Melayu Islam yang berada di bawah pengaruhnya,” katanya lagi

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...