
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah memberikan penghormatan terakhir kepada Sultan Ismail Petra yang mangkat, pagi tadi
Turut mengiringi baginda ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.
Seluruh Kelantan berkabung mulai hari ini dan cuti peristiwa turut diumumkan pada Ahad serta Isnin ini bagi menghormati kemangkatan ayahanda Sultan Kelantan itu.
KOTA BHARU: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah memberikan penghormatan terakhir kepada Sultan Ismail Petra yang mangkat, pagi tadi.
Baginda tiba di Istana Balai Besar dekat sini pada pukul 3.15 petang.
Turut mengiringi baginda ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.
Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempaun Zainab II di sini pada pukul 8.11 pagi ini.
Seluruh Kelantan berkabung mulai hari ini dan cuti peristiwa turut diumumkan pada Ahad serta Isnin ini bagi menghormati kemangkatan ayahanda Sultan Kelantan itu.
Sumber:
