‘Agong pun Anwar sanggup tipu, nak cerita apa lagi’

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

ءاڬوڠ ڤون انور سڠڬوڤ تيڤو، نق چريتا اڤ لاڬيء

Shamsul Iskandar Mohd Akin dan parti PKR harus berhenti ‘mimpi di siang hari’.’ Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengkhianati mereka cuma puak bangang ini saja yang ‘syok’ sendiri.

Anwar Ibrahim adalah ‘kaki penipu’ tersohor negara. Saya hendak nasihat Shamsul Iskandar agar jangan ‘syok sendiri’ kerana Anwar Ibrahim pada hakikatnya tidak mempunyai sokongan yang mencukupi di kalangan ahli-ahli parlimen  untuk beliau menjawat jawatan perdana menteri.

Mana mungkin ‘manusia berpenyakit’ songsang serta ‘aneh’ seperti Anwar Ibrahim disokong untuk jadi perdana menteri kerana isu Anwar Ibrahim bukan soal politik tetapi ianya adalah persoalan aqidah agama.




Sudah beberapa kali Anwar Ibrahim menipu 32 juta rakyat Malaysia menyatakan beliau mempunyai sokongan yang mencukupi bagi mengambil alih kerajaan.

Malangnya, sehingga kini Anwar Ibrahim gagal membuktikan bahawa beliau mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi di kalangan ahli-ahli parlimen.

KDYMM Agong pun Anwar Ibrahim sanggup menipu, nak cerita apa lagi. Inilah gelagat manusia ‘desperado’!

Keseluruhan rakyat Malaysia harus menolak Anwar Ibrahim dan parti PKR kerana mereka ini tidak berprinsip serta tidak relevan lagi.

Tengok baru-baru ini demi untuk mencapai cita-cita rakusnya untuk jadi perdana menteri ke sembilan; Anwar Ibrahim sanggup bersekongkol dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi yang rakyat telah menolak pengkhianatan mereka pada PRU14 yang lepas.

Pada PRU14 yang lepas kita semua bermati-matian lawan dengan golongan kleptokrats pengkhianat negara tetapi pada hari ini Anwar Ibrahim serta PKR sanggup berekongkol dengan tokoh-tokoh kerajaan kleptokrasi.

Buktinya amat jelas apabila Najib Razak dan Zahid Hamidi sanggup menandatangani surat sumpah berkanun bagi menyokongnya.

Loading...

Apa kita ingat Najib Razak dan Zahid Hamidi ‘penyangak’ negara mahu sokong Anwar Ibrahim tanpa balasan imbuhan tertentu?

Puak bangang seperti Shamsul Iskandar serta Anwar Ibrahim sanggup menggadai maruah dan prinsip perjuangan demi bagi mencapai cita-cita rakus politik mereka.

Secara jujurnya saya sendiri merasa malu bertanding di atas watikah PKR pada PRU14 yang lepas.

Pemimpin-pemimpin PKR amat haprak dan ‘kaki penipu’ pada realitinya.

Sebab itu baru-baru ini demi prinsip saya tidak mahu bernaung di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim ‘manusia berpenyakit’ sebagai pengerusi PAKATAN HARAPAN.

Atas dasar ini saya meletakkan jawatan sebagai ‘penyelaras parlimen jasin’ serta menarik diri dari menjadi ahli parti Amanah yang masih mahu bernaung di bawah kepimpinan ‘manusia berpenyakit’ songsang.

Rakyat Malaysia tidak bodoh dan para pengundi boleh menilai gelagat ‘gila’ pemimpin-pemimpin PKR.

Keseluruhan rakyat Malaysia wajib tolak parti PKR yang kuat menipu dan tidak berprinsip ini.

‘Manusia berpenyakit’ songsang seperti Anwar Ibrahim telah terbukti mengkhianati hasrat rakyat Malaysia yang menolak golongan kleptokrats serta kerajaan kleptokrasi yang terbukti mengkhianati keseluruhan bangsa mahupun negara pada suatu masa dahulu.

Kita semua jangan percaya lagi pada Anwar Ibrahim ‘kaki penipu’ serta parti PKR yang mempunyai agenda sulit dengan Najib Razak@‘lanun bugis’ dan Zahid Hamidi.

Yakinlah bahawa sekiranya Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke sembilan kemungkinan besar beliau akan membebaskan Najib Razak dan Zahid Hamidi dari segala pertuduhan di mahkamah.

Prinsip perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad amat luhur. Kalau tokoh negarawan ini ‘gila kuasa’ sudah lama Tun Dr Mahathir Mohamad telah bekerjasama dengan kerajaan PERIKATAN NASIONAL yang telah menawarkan pelbagai jawatan buat beliau.

Demi prinsip kental untuk tidak bekerjasama dengan puak kleptokrats; Tun Dr Mahathir Mohamad telah menolak ‘bulat-bulat’ semua tawaran dari Muhyiddin Yassin.

Dulu penyangak Anwar Ibrahim kata Muhyiddin Yassin, Azmin Ali serta beberapa lagi bekas-bekas pemimpin PKR sebagai pengkhianat kerana menyokong kerajaan PERIKATAN NASIONAL yang bekerjasama dengan golongan kleptokrats.

Tetapi kini apa yang menghairankan kita adalah Anwar Ibrahim pula tukar pendirian untuk sanggup bekerjasama dengan Najib Razak serta Zahid Hamidi.

Inilah perangai jahat Anwar Ibrahim yang senantiasa bermain politik kotor demi bagi mencapai agenda rakus beliau.

Yang memecah-belahkan PAKATAN HARAPAN bukan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi Anwar Ibrahim serta parti PKR lah merupakan dalang utama sehingga kerajaan PAKATAN HARAPAN tumbang.

Jangan percaya dengan Shamsul Iskandar ‘manusia pendek berakal panjang ini.

Insya-Allah, saya yakin bahawa Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar dan parti PKR yang kuat memperbodohkan rakyat bakal ditolak secara mutlak oleh keseluruhan pengundi pada PRU15 kelak.

Sudah-sudahlah lah puak bangang PKR ini dari terus hendak menipu dan memperbodohkan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak bodoh, Yang bodoh itu adalah Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar dan parti PKR itu sendiri.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...