Agong selamat tiba di Abu Dhabi bagi lawatan peribadi

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat tiba di Abu Dhabi, UAE. Sumber (gambar): Berta Harían Online

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan peribadi bermula hari ini hingga Selasa.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata lawatan selama empat hari itu adalah di atas jemputan peribadi dan sebagai tetamu khas Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, sempena perlumbaan Formula One (F1) Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix 2019.

Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan juga adalah Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera UAE dan adik-beradik beliau – Sheik Mansour, Sheikh Saif, Sheikh Hazza dan Sheikh Abdullah – turut memegang jawatan tertinggi pentadbiran UAE.


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan peribadi bermula hari ini hingga Selasa.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan delegasi, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada kira-kira 2 petang waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia).




Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Sheikh Saif bin Zayed Al Nahyan, serta Duta Malaysia ke UAE, Mohd Tarid Sufian.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata lawatan selama empat hari itu adalah di atas jemputan peribadi dan sebagai tetamu khas Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, sempena perlumbaan Formula One (F1) Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix 2019.

“Seri Paduka berdua berkenan memulakan lawatan ke negara Teluk Arab itu dengan berangkat menghadiri taklimat khas di Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC), dan Mohamed Bin Zayed University of Artificial Intelligence pada Sabtu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Ahad, Seri Paduka berdua dijadual berangkat menyaksikan pusingan akhir perlumbaan F1 musim 2019 di Yas Marina Circuit, Yas Island.

Keesokan harinya, Seri Paduka berdua dijadual berangkat menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan UAE di Zayed Sports City dan diikuti majlis pertemuan semula Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom, yang dianjurkan oleh Putera Mahkota Abu Dhabi.

Majlis ‘reunion’ Akademi Tentera Diraja Sandhurst itu amat bermakna kepada Al-Sultan Abdullah kerana Seri Paduka dapat bertemu dan menyantuni rakan-rakan kolej yang menuntut bersama lebih 40 tahun lalu.

Ahmad Fadil berkata, jemputan khas dan layanan istimewa yang diberikan kepada Seri Paduka berdua mencerminkan persahabatan erat di antara Al-Sultan Abdullah dan Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan yang terjalin sejak kedua-dua pemimpin itu bertemu di Akademi Tentera Diraja Sandhurst.

Loading...

“Kedua-dua pemimpin adalah rakan kolej di Akademi Tentera Diraja Sandhurst pada tahun 1978 dan 1979 dan persahabatan akrab mereka kekal hingga sekarang. Ini adalah pertemuan kali ketiga di antara kedua-dua pemimpin sejak Al-Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari, tahun ini,” katanya.

Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan juga adalah Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera UAE dan adik-beradik beliau – Sheik Mansour, Sheikh Saif, Sheikh Hazza dan Sheikh Abdullah – turut memegang jawatan tertinggi pentadbiran UAE.

Bonda Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan ialah Sheikha Fatima binti Mubarak Al Ketbi yang juga bergelar “Mother of UAE”.

Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan ialah Timbalan Perdana Menteri UAE, Menteri Hal Ehwal Presiden (Presidential Affairs) UAE dan pemilik kelab bola sepak Liga Premier, Manchester City.

Sheikh Saif bin Zayed Al Nahyan ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan sebagai Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa UAE dan Sheikh Hazza bin Zayed Al Nahyan sebagai Penasihat Keselamatan Negara UAE.

Sementara itu, antara atur cara utama Raja Permaisuri Agong adalah pertemuan khas bersama Rym Abdulla Al Falasy, Setiausaha Agung Supreme Council for Motherhood and Childhood, UAE pada Sabtu.

Tunku Azizah turut dijadual berangkat melawat Sheikh Zayed Grand Mosque dan Louvre Museum Abu Dhabi.

Dalam lawatan ini, Seri Paduka berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni komuniti Malaysia di Abu Dhabi.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...