Agong setuju terima peletakkan jawatan Muhyiddin

Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah. Sumber (gambar): Fail TTF

سه: اڬوڠ ستوجو تريما ڤيليتاككن جاوتن محي الدين

Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah telah berkenan menerima perletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara itu dimaklmukan oleh Datuk Pengelola Bidaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin sebentar tadi menerusi kenyataan rasmi Istana Negara.

Menurut Ahmad Fadil, Seri Paduka Baginda Tuanku turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi SPR bahawa sehingga 10 Ogos lalu, sebanyak 484 atau 79 peratus daripada 613 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah zon merah COVID-19.

Katanya, Seri Paduka turut mengambil maklum bahawa fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan.

“Justeru pada hemat Seri Paduka, pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat,” katanya.


PETALING JAYA: Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah telah berkenan menerima perletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara itu dimaklmukan oleh Datuk Pengelola Bidaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin sebentar tadi menerusi kenyataan rasmi Istana Negara.




Menurut Indera Fadil, Yang Di Pertuan Agong turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

“Ini selaras Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Seri Paduka hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

“Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19.

“Selaku Ketua Utama Negara, Seri Paduka memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh Muhyiddin berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan sesi menghadap Muhyiddin di Istana Negara selama 30 minit bermula jam 12.30 tengah hari.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh pada jam 11 pagi.

Menurut Ahmad Fadil, Seri Paduka Baginda Tuanku turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi SPR bahawa sehingga 10 Ogos lalu, sebanyak 484 atau 79 peratus daripada 613 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah zon merah COVID-19.

Loading...

Katanya, Seri Paduka turut mengambil maklum bahawa fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan.

“Justeru pada hemat Seri Paduka, pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menzahirkan harapan agar kemelut politik yang berlarutan tanpa kesudahan yang telah mengganggu kelancaran tadbir urus negara ini dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam oleh pandemik COVID 19.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

This is how Muhyiddin checkmated himself and the reason he has no choice but to tender his resignation today



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...