اڬوڠ تيته تمتكن سڬرا كماولوت ڤوليتيك
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan pelantikan Perdana Menteri baharu, dapat menamatkan kemelut politik dengan segera.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda bertitah supaya semua Ahli Dewan Rakyat dapat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19, demi kepentingan rakyat dan negara.
“Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka Baginda kepada pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin, berikutan peletakkan jawatan Perdana Menteri dengan melakukan penelitian dan pemerhatian yang lebih mendalam, menerusi surat akuan dan pengesahan melalui sesi menghadap secara fizikal serta maya dengan setiap Ahli Dewan Rakyat.
“Seri Paduka Baginda turut menyeru seluruh rakyat agar terus bertenang dan bersama baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan pelantikan Perdana Menteri baharu, dapat menamatkan kemelut politik dengan segera.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda bertitah supaya semua Ahli Dewan Rakyat dapat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19, demi kepentingan rakyat dan negara.
“Ahli-ahli Dewan Rakyat turut diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam menyempurnakan tanggungjawab baginda, selaku Raja Berperlembagaan yang berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang,” katanya.
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.
Turut berangkat Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong mengulangi pandangan rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan ketika negara bergelut menghadapi isu kesihatan dan kemurungan ekonomi akibat COVID-19.
Dalam pada itu, beliau berkata, Al-Sultan Abdullah menzahirkan setinggi penghargaan di atas sokongan berterusan Raja-Raja Melayu dalam menyempurnakan tanggungjawab selaku Raja Berpelembagaan yang berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang.

Sumber: