
اڬوڠ تولق چادڠن اشتهار ضرورت
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah membuat keputusan bahawa tidak ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.
Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata, baginda berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.
hmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah berkenan memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Muhyiddin di majlis menghadap di Kuantan, Pahang pada 23hb Oktober lalu.
Menurut beliau, permohonan tersebut ialah pelaksanaan darurat mengikut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah membuat keputusan bahawa tidk ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.
Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata, baginda berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.
Menurut Ahmad Fadil, setelah memperhalusi permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-raja Melayu serta melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah berasakan kerajaan sekarang berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.
“Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini daripada terus merebak.
“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah berkenan memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Muhyiddin di majlis menghadap di Kuantan, Pahang pada 23hb Oktober lalu.
Menurut beliau, permohonan tersebut ialah pelaksanaan darurat mengikut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.
Walaupun darurat tidak diisytiharkan, Agong mengingatkan ahli politik agar menghentikan segera segala bentuk persengketaan yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
“Al-Sultan Abdullah turut berpendapat tiada perlunya ahli-ahli parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada,” katanya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
