Agong tolak cadangan Mahathir mencalonkan bukan Melayu atau Islam sebagai Peguam Negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di katakan menolak cadangan nama yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencalonkan mereka yang bukan Melayu dan Islam sebagai Peguam Negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah menulis kepada Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan Tommy yang dikatakan sebagai pakar perlembagaan, 10 hari lalu.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di katakan menolak cadangan nama yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencalonkan mereka yang bukan Melayu dan Islam sebagai Peguam Negara.

Menurut portal The Malaysian Insight, Raja-Raja Melayu turut menyokong keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk menolak cadangan nama tersebut.

“Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Tommy Thomas (dan) beberapa calon lain dikemukakan oleh Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.

“Difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam,” memetik laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut.

Perdana Menteri telah menulis kepada Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan Tommy yang dikatakan sebagai pakar perlembagaan, 10 hari lalu.

Namun sehingga kini surat tersebut tidak mendapat sebarang perkenan Seri Paduka Baginda.

Sementara itu penulis politik yang juga merupakan penyokong Tun Mahathir turut membidas mengenai isu tersebut.

“Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara,” tulisnya.

Beliau juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.

Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Negara, Datuk A. Kadir Jasin turut menyentuh isu ini di blognya dengan menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

Sumber: Suara TV

Comments

Comments