AHLI-AHLI PARLIMEN PERLU PERINCI BELANJAWAN 2021 SEBELUM PUTUSKAN SOKONG ATAU TIDAK

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Di saat negara sedang menghadapi kemelut Covid-19 dan ekonomi yang tidak menentu; ahli-ahli parlimen harus beri tumpuan sepenuhnya pada pembentangan Belanjawan 2021.

Isi kandungan Belanjawan 2021 amat penting serta harus dihayati secara sepenuhnya. Pemahaman secara terperinci Belanjawan 2021 ini cukup penting sebelum mendorong ahli-ahli untuk buat keputusan samada mereka menyokong atau menolak.

Sesiapa pun tidak boleh mempengaruhi ahli-ahli parlimen samada untuk menyokong atau menolak tanpa mendengar pembentangan Belanjawan 2021 seterusnya apabila meneliti kepentingan pada bangsa ataupun negara; barulah keputusan boleh dibuat.




Semua pihak kena bersabar sehingga hari pembentangan Belanjawan 2021 di parlimen pada 6hb November ini.

Tidak adil bagi sesiapa sekali pun memaksa mana-mana pihak untuk menyokong perkara yang belum jelas.

Saya rasa sekiranya Belanjawan 2021 menjurus kepada menjaga kepentingan bangsa dan negara dalam memerangi wabak pandemik Covid-19 ataupun untuk memelihara kestabilan ekonomi sudah pasti semua pihak akan menyokong.

Inilah keistimewaan sistem politik negara kita. Macamana sekalipun kita berbalah dan hadapi perbedaan fahaman ideologi politik; bila sampai ke peringkat untuk menjaga kepentingan rakyat serta negara semua pihak boleh bersatu.

Tetapi dalam masa yang sama sekiranya isi kandungan Belanjawan 2021 berteraskan kepada unsur-unsur yang tidak menjerumus bagi menjaga kepentingan rakyat sudah pastilah ianya akan ditolak mentah-mentah oleh ahli-ahli dewan rakyat nanti.

Jadi, semua pihak harus bersabar dan bertenang buat masa ini. Tak perlu takut pada bayang-bayang sendiri.

Seandainya kita di landasan yang benar semua orang akan sokong kita tetapi sekiranya kita tak betul sudah pasti rakyat akan menolak atau menentang.

Loading...

Ini merupakan resam dunia dan asam-garam di bidang politik.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...