Ahli Parlimen Batu Sapi masih tidak sedarkan diri

Setakat ini Vui Keong dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan kini dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber (gambar): Fail TTF

اهلي ڤرليمين باتو ساڤي ماسيه تيدق سدركن ديري

“Mohon sama-sama doakan Ahli Parlimen Batu Sapi,” kata Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Jaujan Sambakong.

Ia sebagai reaksi ketika ditanya mengenai keadaan kesihatan Datuk Liew Vui Keong yang juga Pengerusi Tetap WARISAN.

Sejak semalam tular keadaan Vui Keong yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan kritikal akibat radang paru-paru.

Beliau juga adalah Pengarah Jentera Pilihan Raya WARISAN Plus bagi PRN Sabah baru-baru ini.


SANDAKAN: “Mohon sama-sama doakan Ahli Parlimen Batu Sapi,” kata Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Jaujan Sambakong.

Ia sebagai reaksi ketika ditanya mengenai keadaan kesihatan Datuk Liew Vui Keong yang juga Pengerusi Tetap WARISAN.




Jaujan berkata, setakat ini Vui Keong masih tidak sedarkan diri dan kini dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

“Pada awal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah beliau masih sihat. Namun, di akhir kempen beliau dilaporkan tidak sihat.

“Setakat ini, pelawat belum dibenarkan menziarahi beliau. Semalam, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ingin melawat beliau, tapi belum dibenarkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sejak semalam tular keadaan Vui Keong yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan kritikal akibat radang paru-paru.

Beliau juga adalah Pengarah Jentera Pilihan Raya WARISAN Plus bagi PRN Sabah baru-baru ini.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...