Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia

Liew merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen). Sumber (gambar): TTF

Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi tadi. 

Mendiang yang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.

Menurut pegawai mendiang yang ditemui di pekarangan hospital itu, sekitar jam 8 pagi tadi, kadar oksigen Liew masih stabil.

“Namun, tahap kesihatannya semakin merosot dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawat beliau,” katanya kepada Astro AWANI. 


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Mendiang yang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.




Perkara itu disahkan pegawai beliau kepada Astro AWANI sebentar tadi.

Liew yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) sebelum ini menerima rawatan di hospital tersebut kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut pegawai mendiang yang ditemui di pekarangan hospital itu, sekitar jam 8 pagi tadi, kadar oksigen Liew masih stabil.

“Namun, tahap kesihatannya semakin merosot dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawat beliau,” katanya kepada Astro AWANI.

Mendiang akan dibawa ke kediamannya di Likas untuk upacara seterusnya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...