Ahli parlimen Pasir Gudang dakwa keyataan terkini Istana berhubung Belanjawan 2021 pelanggaran prinsip Raja berperlembagaan

Kenyataan Hassan merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bahawa ahli Parlimen perlu mengutamakan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan. Sumber (gambar): Fail TTF

اهلي ڤرليمين ڤاسير ڬودڠ دعوا كيتءن تركيني ايستان برهوبوڠ بلنجاوان 2021 ڤلڠڬارن ڤرينسيڤ راج برڤرلمباڬان

Ahli parlimen Pasir Gudang Hassan bin Abdul Karim semalam mendakwa kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja berhubung titah Yang Di-Pertuan Agong berhubung Belanjawan 2021 sebagai satu pelanggaran terhadap prinsip raja berperlembagaan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, Hassan berkata, ahli-ahli parlimen seharusnya bebas untuk membuat keputusan di dalam sidang parlimen termasuk sidang berkenaan Belanjawan 2021 tanpa ada sebarang tekanan atau pengaruh sesiapa (undue influence).

Menurut Hassan, hal-hal berkenaan rang undang-undang melibatkan kewangan negara adalah dalam bidang kuasa parlimen, dan tidak ada sesiapa boleh mengarah, mendesak,memujuk atau memaksa ahli-ahli parlimen supaya menyokong dan meluluskan sesuatu rang undang-undang belanjawan negara termasuklah Belanjawan Tahun 2021 yang akan dibentangkan pada 6hb November nanti.

“Peranan Parlimen sebagai badan semak dan imbang perlu difahami dan dihormati.

“Rang undang-undang belanjawan tahun 2021 seperti belanjawan sebelum ini perlu melalui proses penggubalan undang-undang yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan kewangan yang sedia ada.”


PETALING JAYA: Ahli parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim semalam mendakwa kenyataan terkini Datuk Pengelola Bijaya Diraja berhubung titah Yang Di-Pertuan Agong sebagai satu pelanggaran terhadap prinsip raja berperlembagaan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, Hassan berkata, ahli-ahli parlimen seharusnya bebas untuk membuat keputusan di dalam sidang parlimen termasuk sidang berkenaan Belanjawan 2021 tanpa ada sebarang tekanan atau pengaruh sesiapa (undue influence).




Kenyataan Hassan merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bahawa ahli Parlimen perlu mengutamakan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

Titah itu disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, yang turut berkata, Al-Sultan Abdullah menegaskan bahawa Belanjawan 2021 amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan, untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha membendung dan menangani ancaman wabak COVID-19.

Walaubagaimanapun, Hassan mendakwa, kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja itu merupakan satu pelanggaran terhadap prinsip raja berperlembagaan dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

“Sebagai seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat, saya amat gusar dan bimbang dengan suatu kenyataan Istana negara bertarikh 28 Oktober 2020 yang menyebut, antara lain, bahawa Yang di-Pertuan Agong menasihati Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021.

“Ahli-ahli parlimen yang mengangkat sumpah telah berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang membawa maksud menjaga kepentingan rakyat dan negara.

“Ahli-ahli parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara berada di Parlimen atas kelayakannya menjadi ahli Parlimen di bawah Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, kepercayaan wajar diberi kepada mereka untuk menimbang mana yang baik dan mana yang merosakkan negara,” katanya.

Loading...

Menurut Hassan, hal-hal berkenaan rang undang-undang melibatkan kewangan negara adalah dalam bidang kuasa parlimen, dan tidak ada sesiapa boleh mengarah, mendesak,memujuk atau memaksa ahli-ahli parlimen supaya menyokong dan meluluskan sesuatu rang undang-undang belanjawan negara termasuklah Belanjawan Tahun 2021 yang akan dibentangkan pada 6hb November nanti.

“Peranan Parlimen sebagai badan semak dan imbang perlu difahami dan dihormati.

“Rang undang-undang belanjawan tahun 2021 seperti belanjawan sebelum ini perlu melalui proses penggubalan undang-undang yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan kewangan yang sedia ada.

“Rang undang-undang belanjawan 2021 perlu dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa. Proses pengundian juga perlu dilakukan di peringkat dasar dan juga peringkat jawatankuasa.

“Tidak ada proses “fast track” ataupun jalan pintas. Duit beratus bilion ringgit dalam belanjawan negara 2021 itu adalah duit pembayar cukai dan duit hasil negara milik rakyat dan milik negara.”

Menurut Hassan lagi, Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengguna pakai prinsip pengasingan kuasa (separation of powers), di mana semua pihak dan institusi perlu menghormati parlimen dengan menyediakan suatu keadaan yang kondusif bagi membolehkan ahli-ahli parlimen bebas menentukan pendirian dan membuat keputusan.

“Dalam hal ehwal kewangan negara, peranan parlimen amat besar.

“Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa tiada percukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang.

“Manakala Perkara 102 pula menyatakan bahawa Parlimen mempunyai kuasa berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...