Ahli Parlimen seru hentikan khidmat pengiring pada Najib

Ketua polis negara Acryl Sani Abdullah Sani tahun lepas memberitahu khidmat pengiring polis bagi bekas perdana menteri itu akan dikekalkan sehingga proses rayuan tamat. Sumber (gambar): Malaysiakini

اهلي ڤرليمين سرو هنتيكن خدمت ڤڠيريڠ ڤد نجيب

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mengulangi gesaannya supaya pengiring polis ditamatkan bagi menteri dan timbalan menteri, dan tokoh yang tidak lagi memegang jawatan.

Ini selepas video pengiring memotong laluan untuk sebuah kenderaan MPV dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak melalui apa yang didakwa sebagai kesesakan lalu lintas balik kampung semalam.

Mengulas video itu, Sim berkata bekas pemegang jawatan yang telah disabitkan dengan jenayah sepatutnya tidak diberi perkhidmatan pengiring polis.

“Kerja polis tangkap perompak, jangan peralat polis iringi perompak. Jaga maruah polis kita,” ciap di Twitter.

MPV jenis Toyota Vellfire berwarna putih dengan plat VBG 11 itu pernah dilihat digunakan oleh Najib.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Tidak jelas sama ada ahli parlimen Pekan itu berada di dalam kenderaan pada masa itu, atau pun lokasi video itu diambil.

Mengulas video itu, Sim berkata bekas pemegang jawatan yang telah disabitkan dengan jenayah sepatutnya tidak diberi perkhidmatan pengiring polis.

“Kerja polis tangkap perompak, jangan peralat polis iringi perompak. Jaga maruah polis kita,” ciap di Twitter.

Najib telah disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas pecah amanah dan pengubahan wang haram RM42 juta berhubung SRC International.

Dia juga sedang dibicarakan untuk skandal 1MDB.

Ketua polis negara Acryl Sani Abdullah Sani tahun lepas memberitahu khidmat pengiring polis bagi bekas perdana menteri itu akan dikekalkan sehingga proses rayuan tamat.

Loading...

Sumber:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...