
اهلي سعمور هيدوڤ دڤ: ليم ڬوان اڠ واجب تريما چابرن ديبت رج ريتهاوديين
Debat Perdana antara bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan saya merupakan platform sesuai bagi Lim “membersihkan namanya dan membuktikan DAP bukan rasis.”
Pandangan ini dikongsi bersama oleh seorang ahli DAP “seumur hidup” yang tidak ingin namanya disiarkan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kim”) ketika menghubungi saya malam semalam.
Saya memberitahu Kim bahawa Guan Eng memang melakukan manipulasi dan tidak berani untuk berdebat dengan saya.
Pada 12hb April 2020, menerusi satu sidang media live di Facebook, saya mencabar Lim buat kali kedua untuk berdebat dengan saya dan menyeru orang ramai untuk memaparkan poster di Facebook masing-masing bagi mendesak Lim agar menerima cabaran itu.
Dalam sidang media tersebut, saya menyentuh isu pindah milik aset-aset Lembaga Tabung Haji kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas milik Kementerian Kewangan menerusi satu pakej pertukaran berjumlah RM19.9 bilion, terdiri dari dua peringkat sukuk dan RM300 juta tunai yang dijanjikan kepada TH.
SUBANG JAYA: Debat Perdana antara bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan saya merupakan platform sesuai bagi Lim “membersihkan namanya dan membuktikan DAP bukan rasis.”
Pandangan ini dikongsi bersama oleh seorang ahli DAP “seumur hidup” yang tidak ingin namanya disiarkan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kim”) ketika menghubungi saya malam semalam.
Kim, yang turut pernah berkhidmat dengan Guan Eng, berpendapat bahawa Lim harus menggunakan peluang ini untuk menangkis dakwaan bahawa bekas menteri kewangan itu “menipu dan memanipulasi angka” berhubung kedudukan sebenar kewangan dan hutang negara.
Saya pula memberitahu Kim bahawa Guan Eng memang melakukan manipulasi dan tidak berani untuk berdebat dengan saya.
Pada 12hb April 2020, menerusi satu sidang media live di Facebook (bawah), saya mencabar Lim buat kali kedua untuk berdebat dengan saya dan menyeru orang ramai untuk memaparkan poster di Facebook masing-masing bagi mendesak Lim agar menerima cabaran itu.
Bersambung di bawah
https://www.facebook.com/2128468974136128/videos/173586283726966/
ATAU KLIK SINI UNTUK TERUS KE VIDEO ASAL
Dalam sidang media tersebut, saya menuduh DAP “mempolitikkan usaha kerajaan memerangi wabak Covid-19” sambil mengemukakan bukti sahih kenyataan-kenyataan bercanggah yang dibuat oleh Lim Kit Siang dan seorang lagi pemimpin kanan DAP.
Saya turut menyentuh peranan sebenar Tony Pua dalam Kementerian Kewangan sewaktu Lim Guan Eng masih lagi bergelar Menteri Kewangan dan perkara-perkara tertentu yang berlaku dalam kementerian.
Pada 28hb Mac 2020, saya menulis:
“Pada 5hb September 2018, selepas hampir empat bulan berkuasa, pentadbiran Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan menafikan pentadbiran Barisan Nasional meninggalkan RM42 bilion untuk kegunaan kerajaan.
“Menurut Menteri Kewangan pada ketika itu, Lim Guan Eng, hanya terdapat RM450 juta dalam peti deposit pada 30hb April 2018.Kita semua tahu ini adalah pembohongan, dan kita tahu bagaimana Lim memanipulasi fakta dan angka untuk tujuan ini.”
Saya turut menyentuh isu pindah milik aset-aset Lembaga Tabung Haji kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas milik Kementerian Kewangan menerusi satu pakej pertukaran berjumlah RM19.9 bilion, terdiri dari dua peringkat sukuk dan RM300 juta tunai yang dijanjikan kepada TH.
Aset-aset ini termasuk hotel-hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd yang merupakan antara 29 aset Tabung Haji yang didakwa oleh Mujahid mengalami kerugian.
Kerugian ini tidak pernah dibentangkan secara terperinci kepada para pendeposit Tabung Haji ataupun umum biarpun DAP selalu menegaskan bahawa kerajaan perlu mendedahkan kepada umum segala maklumat atau urusan pentadbiran yang melibatkan kepentingan awam.
Kim mengaku kesemua ini perlu penjelasan rapi daripada Lim kerana isu-isu ini melarat.
“Lim perlu guna peluang ini untuk menjawab. Saya sokong cadangan debat ini dan akan cuba berbincang dengan orang-orang DAP untuk (merealisasikan) debat ini,” katanya.
RJ RITHAUDEEN
