
اهلي امنو موڠكين باوا كڤوتوسن روس ترهادڤ اصول امنو اونتوق سيمقكن كهكيمن
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap usul UMNO, tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti pada pemilihan 18 Mac ini, mungkin dibawa kepada semakan kehakiman.
Ahli UMNO Cawangan Kampung Pak Katak dalam Bahagian Kuala Nerus, Aizat Fikri Nasir Fikri, berkata walaupun percaya RoS menjalankan siasatan yang adil dan menyeluruh, namun Seksyen 70 menimbulkan kebimbangan terhadap pengecualian telah diberikan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Pengecualian diberikan KDN itu turut mengesahkan ketidakaturan yang wujud di dalam proses mengangkat usul tambahan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu.
“Secara logiknya jika tiada pelanggaran di bawah Seksyen 13(1)(c)(4), Seksyen 70 tidak perlu diguna pakai KDN dan RoS boleh menghantar surat memaklumkan tiada pelanggaran berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
KUALA TERENGGANU: Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap usul UMNO, tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti pada pemilihan 18 Mac ini, mungkin dibawa kepada semakan kehakiman.
Ahli UMNO Cawangan Kampung Pak Katak dalam Bahagian Kuala Nerus, Aizat Fikri Nasir Fikri, berkata walaupun percaya RoS menjalankan siasatan yang adil dan menyeluruh, namun Seksyen 70 menimbulkan kebimbangan terhadap pengecualian telah diberikan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Katanya, pengecualian itu boleh disalah guna untuk membetulkan segala ketidakaturan, yang dilakukan pertubuhan ditubuhkan mengikut akta berkenaan.
TONTON: ISU SURAT ROS – ZAHID TEMBAK KAKI SENDIRI
“Pengecualian diberikan KDN itu turut mengesahkan ketidakaturan yang wujud di dalam proses mengangkat usul tambahan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu.
“Secara logiknya jika tiada pelanggaran di bawah Seksyen 13(1)(c)(4), Seksyen 70 tidak perlu diguna pakai KDN dan RoS boleh menghantar surat memaklumkan tiada pelanggaran berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aizat Fikri secara peribadi kecewa dengan tindakan itu memandangkan kerajaan dan kepemimpinan yang dikatakan sangat mengangkat kedaulatan undang-undang, menggunakan kuasa bagi memastikan dua jawatan tertinggi dalam parti itu tidak dipertandingkan.
“Kita minta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melihat isu ini kerana ia boleh mencalarkan kredibiliti kepimpinan kerajaan.
“Jika Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun tidak mengambil serius isu itu mungkin boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada sistem dan agensi penguatkuasa kerajaan,” katanya.
Susulan itu, Aizat Fikri akan berbincang dengan rakannya, Fiqri Firdaus dan juga peguam untuk melakukan semakan kehakiman keputusan RoS,” katanya.
Sumber:
