Ahmad Maslan: Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan sebab Darurat

Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu perhimpunan agung UMNO akan dimaklumkan kelak. Sumber (gambar): Fail TTF

احمد مسلن: ڤرهيمڤونن اڬوڠ امنو دتڠڬوهكن سبب ضرورت

Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Januari ini, ditangguhkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan baru-baru ini.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat sebelum ini dilaporkan sudah memperhalusi semua usul dibangkitkan oleh 189 bahagian UMNO yang bersidang di seluruh negara.

Antara usul utama dibangkitkan majoriti besar UMNO bahagian ialah memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semasa menghadapi pilihan raya umum akan datang selain mempertahankan hubungan kerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN).


SHAH ALAM: Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Januari ini, ditangguhkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan proklamasi darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan baru-baru ini.




Beliau berkata, tarikh baharu perhimpunan agung parti itu akan dimaklumkan kelak.

“Dimaklumkan juga bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh yang sesuai pada tahun 2021 ini.

“Adalah diingatkan agar ahli-ahli UMNO sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut mengingatkan agar semua ahli UMNO sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat pada waktu yang mencabar ini.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat sebelum ini dilaporkan sudah memperhalusi semua usul dibangkitkan oleh 189 bahagian UMNO yang bersidang di seluruh negara.

Antara usul utama dibangkitkan majoriti besar UMNO bahagian ialah memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semasa menghadapi pilihan raya umum akan datang selain mempertahankan hubungan kerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN).

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan supaya proklamasi darurat dilaksanakan di negara ini sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Loading...

Perkara tersebut dimaklumkan Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...