Ahmad Maslan sampai menipu, jaja nama Agong untuk seru ahli UMNO undi DAP

Raggie Jessy Rithaudeen

احمد مسلن سمڤأي منيڤو، جاج نام اڬوڠ اونتوق سرو اهلي امنو اوندي دڤ

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Datuk Seri Ahmad Maslan semalam menjaja nama Yang Di-Pertuan Agong berserta ‘fakta’ tidak betul untuk menyeru ahli UMNO mengundi DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu, pengundi perlu memangkah calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.




TONTON: PENDEDAHAN (WAJIB TONTON) – RAHSIA DI SEBALIK TINDAK TANDUK KERAJAAN, ANWAR YANG MEMUDARATKAN AGAMA, BANGSA, NEGARA

“Disiplin parti itu memastikan arahan parti dituruti… memanglah undi itu rahsia tetapi gesaan saya ialah bukan (undi) atas nama parti atau DAP tetapi atas nama Kerajaan Perpaduan.

“Kerajaan Perpaduan ini titah Yang di-Pertuan Agong apabila Parlimen negara tergantung, jadi kita akur pada titah, setia pada titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya sepertimana dilaporkan media

Namun, jika benar laporan media, maka sah kenyataan Ahmad Maslan tidak betul.

Ini kerana Yang Di-Pertuan Agong tidak pernah “titahkan” agar Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bersama menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan.

Malah, kerajaan yang ada hari ini bukannya kerajaan perpaduan, tetapi kerajaan campuran atau kerajaan gandingan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Biarpun begitu, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan terus mewar-warkan penipuan kononnya kerajaan yang terbentuk hari ini adalah “kerajaan perpaduan” atas “titah Yang Di-Pertuan Agong.”

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...