Ahmad Maslan sembang je lebih, tarik sokongan dari Muhyiddin kalau benar anak jantan

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

احمد مسلن سيمبڠ ج لبيه، تاريق سوكوڠن دري محي الدين كالاو بنر انق جنتن

Datuk Seri Ahmad Maslan tolong jangan cakap banyak!! Buang masa hanya bercakap tentang PRU15 dan sebagainya buat masa ini.

Yang penting sekiranya Datuk Seri Ahmad Maslan ‘anak jantan’ dan ‘bercakap serupa bikin’ beliau harus umum tarik sokongan terhadap perdana menteri terlebih dahulu.

Tak perlu ‘berdolak dalih’ lagi!




Sekiranya Datuk Seri Ahmad Maslan hendak sangat PRU15 diadakan segera dan beliau yakin pada masa kita hadapi pandemik Covid-19 ini bersesuaian untuk diadakan pilihanraya; mengapa tidak umum secara rasmi untuk tarik sokongan seterusnya jatuhkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN terlebih dahulu?

Kalau kita lihat sikap Datuk Seri Ahmad Maslan pada saat serta ketika ini beliau masih menyayangi kerajaan ‘tebuk atap’ PN.

Sebab itulah Datuk Seri Ahmad Maslan masih macam ‘goreng pisang’ cakap saja lebih tapi masih tidak rela tarik sokongan terhadap perdana menteri masakini.

Saya cabar Datuk Seri Ahmad Maslan untuk berbuat demikian dulu!! Sekiranya beliau berani tarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin; barulah dia berhak bercakap mengenai PRU15 diadakan segera.

Buatlah satu persatu terlebih dahulu!! Jangan cakap kosong!! Bukan saja jangan jadi ‘pisang goreng’ tetapi Datuk Seri Ahmad Maslan juga janganlah jadi ‘pot tin’ kosong.

32 juta rakyat Malaysia masih tertunggu-tunggu bilakah Datuk Seri Ahmad Maslan hendak umum secara rasmi untuk tarik sokongan terlebih dahulu.

Sekiranya esok Datuk Seri Ahmad Maslan umum secara rasmi untuk tarik sokongan terhadap perdana menteri masakini barulah keseluruhan rakyat Malaysia hormati beliau.

Loading...

Saya secara peribadi akan ‘angkat topi’ kepada Datuk Seri Ahmad Maslan sekiranya esok beliau umum secara terbuka untuk tarik balik sokongan kepada perdana menteri kerajaan ‘tebuk atap’ PN.

Apapun, saya amat hormati YB Machang kerana beliau tidak cakap banyak semacam Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau bercakap ‘serupa bikin!!’ YB Jazlan cakap dan buat tetapi Datuk Seri Ahmad Maslan cakap banyak tapi tak berani buat.

‘Cerminkan diri’ terlebih dahulu dan Datuk Seri Ahmad Maslan jangan terlalu berretorikal politik.

Rakyat Malaysia amat menyampah dengan gelagat Datuk Seri Ahmad Maslan ini yang hanya bercakap banyak tetapi ‘bacul’ pada realitinya.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...