
Raggie Jessy Rithaudeen
احمد مسلن سنديري بايڠنكن باڬايمانا ڤميمڤين امنو ماهو كراجأن ماسوق چمڤور هنتيكن كيس محكمه
Berikut (di bawah) merupakan sebahagian daripada laporan Malaysiakini bertarikh 6hb Januari 2021 yang memetik kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Kenyataan ini mencadangkan Ahmad Maslan dan UMNO menaruh harapan yang amat besar terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kes-kes Mahkamah terhadap pemimpin UMNO dihentikan.
Ini mencadangkan bahawa Kluster Mahkamah sengaja menumbangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai penggantinya agar kes-kes mereka boleh diselesaikan.
Namun, disebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak masih didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, tidak mustahil Kluster Mahkamah mengorak langkah untuk samada menumbangkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri atau menekannya untuk mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15.
BACA JUGA: ZAHID TEKAN ISMAIL SABRI CETUS PRU15
Ahmad Maslan: Kes mahkamah ‘zalim’ punca Umno tak puas hati dengan PN
6 Jan 2021
Salah satu sebab utama Umno tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya, dedah Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.
Ahmad – salah seorang pemimpin Umno yang dihadapkan ke mahkamah – berkata perkara itu sebenarnya mengatasi rasa tidak puas hati Umno dalam soal agihan jawatan dalam kerajaan.
“Satu lagi rasa tidak puas hati ialah bukan kerana jawatan sangat, tetapi kerajaan sekarang meneruskan kezaliman kerajaan dahulu. Ini tak wajar dibuat.
“Kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini ialah kezaliman zaman (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad, (bekas peguam negara)Tommy Thomas dan (bekas ketua pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya.
“Mahathir dah tak ada dalam kerajaan, Tommy Thomas tak tahu ke mana, Latheefa Koya pun tak tahu pergi mana. Tetapi kenapa kes yang mereka bawa ini diteruskan?” soalnya dalam satu dialog dua hari lalu.
Katanya lagi, penerusan kes-kes tersebut menandakan kerajaan sekarnang juga bertindak zalim, justeru PRU perlu diadakan untuk memilih kerajaan baru.
WAJIB BACA:
MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)
