Akar umbi PPBM Johor Bahru isytihar sokong Mahathir, bantah pemecatan dari parti

Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir hadir ke Majlis Tahlil & Doa Selamat di Kampung Dato Sulaiman Menteri Khamis lalu di mana beliau memberi penjelasan berhubung isu-isu politik semasa kepada ahli-ahli akar umbo Bersatu. Sumber (gambar): PPBM Johor Bahru

اكر اومبي ڤڤبم جوهر بهرو اشتهار سوكوڠ محضير، بنته ڤمچتن دري ڤرتي

Akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Johor Bahru mengisytiharkan sokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan menentang keras pemecatan beliau dari PPBM yang disifatkan sebagai “tidak menurut perlembagaan parti.”

Perkara itu disampaikan oleh “Flash Mob” yang dianjurkan di depan Pejabat Bersatu Johor Bahru, Pejabat ADUN Larkin @ Exco Kerajaan Negeri dan juga Pejabat BPN Johor menerusi kain rentang berwarna hitam bertemakan bantahan terhadap pemecatan Mahathir.

Pada 28hb Mei 2020, PPBM mendakwa, keahlian Mukhriz, Mahathir dan tiga yang lain dari parti ‘terhenti serta merta’ atas alasan mereka duduk di blok pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18hb Mei.

Perkara ini dicabar oleh kesemua terbabit menerusi saman mahkamah di mana Muhyiddin, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah RoS, Masyati Abang Ibrahim dinamakan sebagai defendan pertama hingga keempat.


PETALING JAYA: Akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Johor Bahru mengisytiharkan sokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan menentang keras pemecatan beliau dari PPBM yang disifatkan sebagai “tidak menurut perlembagaan parti.”

Perkara itu disampaikan oleh “Flash Mob” yang dianjurkan di depan Pejabat Bersatu Johor Bahru, Pejabat ADUN Larkin @ Exco Kerajaan Negeri dan Pejabat BPN Johor menerusi kain rentang berwarna hitam bertemakan bantahan terhadap pemecatan Mahathir.




Sementara itu, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir hadir ke Majlis Tahlil & Doa Selamat di Kampung Dato Sulaiman Menteri Khamis lalu dan memberi penjelasan berhubung isu-isu politik semasa kepada ahli-ahli akar umbo Bersatu yang hadir.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Dato’ Wira Amiruddin Hamzah, Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Dr. Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Pada 28hb Mei 2020, PPBM mendakwa, keahlian Mukhriz, Mahathir dan tiga yang lain dari parti ‘terhenti serta merta’ atas alasan mereka duduk di blok pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18hb Mei.

Perkara ini dicabar oleh kesemua terbabit menerusi saman mahkamah di mana Muhyiddin, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah RoS, Masyati Abang Ibrahim dinamakan sebagai defendan pertama hingga keempat.

Bagaimanapun, Syed Saddiq menarik semula samannya baru-baru ini atas alasan reda dengan nasib yang menimpanya dan tidak ingin melengah-lengahkan masa pihak yang ingin menyingkirkannya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...